Kawen? yeay nak kawen!!!!! eh, nanti nanti... Cik Mira tak kawen lagi. hehe.. baru berangan-angan nih. Jom kita layan~
(Play lagu kat sidebar untuk lebih feeling!) ----------------------->
My Dreams "Wedding"
My Dreams "Wedding"
Konsep/Tema:
Typical Malay Wedding yang Memorable, Comel, Ringkas, Simple, Jimat-Cermat, DIY (jika berkemampuan) dan yang paling penting, Bajet yang Sederhana. hehehe biasalah... Cik Mira nih budget-bride-to-be (^___^)
Warna Tema:
Putih, Pink, Light Blue. warna yang lemah lembut gitu seperti Cik Mira haha
Tempat:
Rumah dan dewan yang berhawa dingin.
Cuaca yang panas dan hujan sepanjang tahun di Malaysia menyukarkan untuk outdoor wedding. Yela kan, dalam nak senyum-senyum depan kamera, tengok-tengok dah berpeluh-peluh pengantin. Ataupun tetiba hujan pulak. Kesian kat tetamu. huhu. Oleh itu, majlis di dewan adalah pilihan yang terbaik. tambah pulak, lebih selesa dan ruang meletak kenderaan yang banyak.
Cuaca yang panas dan hujan sepanjang tahun di Malaysia menyukarkan untuk outdoor wedding. Yela kan, dalam nak senyum-senyum depan kamera, tengok-tengok dah berpeluh-peluh pengantin. Ataupun tetiba hujan pulak. Kesian kat tetamu. huhu. Oleh itu, majlis di dewan adalah pilihan yang terbaik. tambah pulak, lebih selesa dan ruang meletak kenderaan yang banyak.
Ok dah selesai pendahuluan. Baiklah semua, pakai seatbealt masing-masing. Cik Mira nak buat presentation nih. hehe. takut ada yang terpengsan pulak bila tengok perkahwinan impian Cik Mira. hahaha
Mula-mula kita cari dulu satu picture folder nih. Haaaa, dah jumpa!
Taraaaaaaa!
semangat tuh! siap dah asingkan ikut kumpulan masing-masing |
Kewujudan folder ini sudah lama. Cuma tiada siapa lagi yang pernah tengok. Wow! Jadi di sini Cik Mira nak berkongsi apa yang ada kat dalam tuh.
Kad
kad ala postcard |
Baju
majlis akad nikad |
Dress putih yang meleret sikit ja
untuk My CintaSayangIluvu |
My CintaSayangIluvu tentulah akan segak bergaya dengan baju melayu putih yang bersulam kat lengan dan depan baju serta bersongkok hitam pada hari pernikahan. Pada hari resepsi pula suit hitam menjadi pilihan My CintaSayangIluvu. Tampak macho katanya hehehe (^__^)
Cincin
cincin yang akan dipakai setiap hari mestilah simple dan comei |
Pelamin
mini pelamin untuk majlis akad nikah |
kat dewan |
Simple dengan bantal-bantal comels yang banyak sebagai props untuk pelamin. Jadi tak perlu la banyak sangat bunga-bunga cinta. hehe. Lagipun nanti bantal tuh boleh digunakan semula kat rumah. Ha, kan dah jimat tuh! guna semula. hehe. Sebenarnya Cik Mira nih akan rasa ralat sangat kalau guna bunga segar yang cun itu sebagai hiasan. huhu.. sayang pulak bunga tuh dapat guna sekejap ja. hehe jadi tukar, kita guna bantal comels. yeay! Kerusi pelamin pulak nak beli sendiri. Kerusi yang ala bench/cleopatra tuh. Baru boleh duduk dekat-dekat pegang tangan kat pelamin. hikhikhik gatai noooo Kerusi tuh pulak nanti boleh letak kat rumah. Jadi benda yang ada sentimental value. Boleh cerita kat anak-anak nanti; "Kat kerusi nih dulu la Mummy dan Daddy kamu disatukan". Wah, tak boleh blah sungguh jiwangs Cik Mira nih yer. hehe
Hantaran
pinggan putih digunakan sebagai dulang hantaran |
Guna saja koleksi pinggan mangkuk di rumah. Kalau tak ada, baru sewa/beli. Kita perlulah berusaha sedaya upaya untuk menjimatkan kos! demi masa hadapan yang gemilang.
Hall Entrance dan Photo Booth
Kat depan dewan akan ada board untuk digantung gambar-gambar kawen ahli keluarga. Contohnya gambar kawen Tok dan Tokwan serta Mama dan Abah. Ha, sambil datang kenduri kawen nih, bolehlah jugak kita mengimbas kembali kenangan dulu-dulu kan. Mesti menarik!
Satu sudut di dalam dewan pula akan dijadikan Photo Booth ala White Studio. Wow! hehehe Cik Mira tau, kawan-kawan Cik Mira nih suka bergambar. Lagipun kenduri kawen selalunya menjadi tempat mini reunion kawan-kawan. Jadi sudut ini haruslah ada. Setiap tetamu juga digalakkan untuk bergambar kat sini, supaya dapat dijadikan kenang-kenangan untuk pengantin dan keluarga. Yer la kan, kadang-kadang tuh, sedara yang jauh bukan selalu kita boleh jumpa. Jadi mengambil gambar adalah diharuskan ok!
contoh props yang boleh digunakan |
Hiasan Meja
Epipremnum aureum |
Cenderahati buat tetamu
tengok kaktus, ingat kat Cik Mira! baik hati Cik Mira nih kan? haha |
Tarikh
hehehe... tarikh yang diimpikan untuk kawen adalah pada 11 November 2011. Amboi, 111111! (^__^) tarikh nih bukannya sebab cantik dipandang/diingat saja. Tarikh nih jugak bersempena hari lahir My CintaSayangIluvu. Jadi kalau boleh nak mengabadikan sesuatu yang sangat istimewa pada tarikh tersebut. hehehe. ~Semoga dipermudahkan. Kita hanya merancang~
Ok selesai sudah presentation My Dreams "Wedding" yang Memorable, Comel, Ringkas, Simple, Jimat-Cermat, DIY (jika berkemampuan) dan yang paling penting, Bajet yang Sederhana! Sememangnya Impian Perkahwinan Cik Mira tidaklah sehebat kisah dari
Eh, nanti dulu! Tapi kan hari bahagia ini haruslah dirakamkan agar boleh dijadikan kenangan terindah. Pilihan utama Cik Mira mestilah dari CST Production. Mereka ini memang TERBAIK! Sangat best dapat layan hasil-hasil kerja dari CST nih. LYNDARAHIM KUALA LUMPUR pula adalah nama baru yang Cik Mira kenal. Adeh, terasa seperti katak di bawah tempurung. Sebelum nih macam tak pernah tahu pun. Padahal baju/dress cantek-cantek yang Cik Mira tengok adalah hasil kerja LRKL. Laaaa... huhuhu. Tapi takpa, sekarang dah kenal. Sebelum nih tak kenal, dah cinta. Sekarang, dah kenal, jatuh terduduk terbaring terus sebab jatuh cinta. hehehe Cik Mira sukaaaaaa!
Di sini juga Cik Mira nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada CST dan LRKL kerana mengadakan contest What's Hot is Gettin' Hotter yang menjanjikan hadiah yang menarik. hehehe sebab hadiah yang tersangat menarik itulah Cik Mira nih gigih mengarang entry kat blog. 1st time jugak menyertai contest di alam cyber.
Kawan-kawan yang nak tau jugak apa hadiah yang menarik tuh, atau nak join contest nih boleh klik kat bawah ni. Ok (^__^)
Terima kasih sudi membaca Ceritera Cik Mira! Nanti vote untuk Cik Mira
UPDATE 25 January 2011: untuk vote, klik pada link di bawah dan LIKE entry no.73
* tak perlu LIKE page penganjur pun. Siapa yang vote pun Cik Mira tak dapat tau. hehehe Ha... senang ja kan? Jadi kawan kawan hanya perlu klik Vote/LIKE pada entry no.73 ok . TERIMA KASIH!
* Voting bermula sekarang sehingga 11.59pm 31 January 2011
Notes to myself and My CintaSayangIluvu:
Persiapan diri sendiri dengan ilmu dan persediaan diri dan pasangan untuk menuju ke alam perkahwinan juga penting tau! Malah lebih penting dari majlis perkahwinan itu. Semoga kita dipermudahkan segala urusan perkahwinan ini. ~Amin