Thanks for your support!

Thursday, June 21, 2012

Kursus Pra Perkahwinan Islam


Assalamualaikum…. Hello everyone!!! Selamat petang semua! =)

Wah, bersemangatnyer Cik Mira hari nih. Sekarang hidup lebih menggembirakan. =)
RAHSIAnya adalah diri sendiri perlu gembira. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ok kembali kepada topik asal. Pada hujung minggu lepas, Cik Mira telah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Ya… tuan-tuan, puan-puan, cik-cik & abang-abang sekalian, Cik Mira baru ja berkursus. Ish….ish…ish… tuh la dulu kawan-kawan ajak ikut tak mau pi. Lani kan dah tak dak geng. Hehehe (Cik Mira adalah sangat kurang ‘mesra alam’. Oleh itu, tersangatla awkward menjadi pendiam sepanjang kursus berlangsung. huhu nasib baik dua hari ja)

Buat pengetahuan sesiapa yang nak menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di Pulau Pinang (di negeri lain Cik Mira tak tau), sekarang ada prosedur baru. Semua kursus dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah. Oleh itu, anda perlu menghubungi Pejabat Agama Daerah dahulu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus ini. Semua maklumat boleh didapati di website ini:


Cik Mira memilih kursus di Daerah Barat Daya sebab I kan orang Sungai Batu terchenta =) hehehehe…


Kursus Pra Perkahwinan Islam

Negeri Pulau Pinang

Daerah Barat Daya

Bertempat di Bilik Seminar, Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau

16 – 17 Jun 2012

Yuran: RM 80 seorang

Dihadiri oleh 49 orang peserta

Setiap peserta diberi fail mengandungi jadual kursus dan buku Memasuki Gerbang Perkahwinan



* Ini adalah rumusan perjalanan kursus dan isi-isi penting setiap slot =)


SABTU (16 Jun 2012)

7.30 – 7.45 pagi: Pendaftaran Peserta

7.45 – 8.00 pagi: Taklimat Kursus

8.00 – 9.00 pagi: Aqidah
                                    Ustaz Amir
·         Cara hidup Islam
·         Peranan Akidah dalam rumahtangga
·         Amalan untuk mengukuhkan Akidah

9.00 – 10.00 pagi: Ibadah
                                    Ustaz Imran
·         Peranan Ibadah
·         Pembahagian Hukum Syarak
·         Bersuci
·         Peranan Bersuci dan Solat dalam rumahtangga

10.00 – 10.15 pagi: Rehat / Makan
·         Bihun Singapore

10.15 – 11.15 pagi: Akhlak Islamiah
·         Akhlak Suami Isteri

11.15 pagi – 1.15 petang: Perkahwinan dan Prosedur
                                    Ustaz Yusoff Abu Bakar
·         Tujuan perkahwinan
·         Persediaan sebelum berkahwin
·         Hikmah Perkahwinan *(selalu ditanya dalam temuduga)
·         Hukum Nikah *(selalu ditanya dalam temuduga)
·         Rukun Nikah *(selalu ditanya dalam temuduga)
·         Tanggungjawab Suami Isteri
·         Prosedur Pra Perkahwinan

1.15 – 2.15 petang: Makan tengah hari
·         Nasi + ikan masak lemak cili api + gado-gado + ulam + sambal belacan

Solat Zohor berjemaah

2.15 – 3.15 petang: Hubungan dalam keluarga
                                    Ustaz Muhammad Amin Ismail
·         Hubungan dalam perkahwinan
·         Cabaran pasangan yang baru berkahwin
·         Adab hubungan kelamin

3.15 – 4.15 petang: Pengurusan Kewangan dan Masa
·         Pengurusan kewangan
·         Perbelanjaan
·         Pengurusan masa



AHAD (17 Jun 2012)

8.20 – 8.30 pagi: Pendaftaran peserta / taklimat

8.30 – 9.30 pagi: Komunikasi Suami Isteri
                                    Ustaz Rosdi
·         Bentuk komunikasi suami isteri
·         Mawaddah dan Rahmah
·         Kepentingan berkomunikasi
·         Kawal kemarahan
·         Lakukan aktiviti bersama

9.30 – 10.30 pagi: Pengurusan Stress dan Konflik
·         Punca dan tanda-tanda tekanan
·         Pengurusan konflik
·         Bentuk Konflik

10.30 – 10.45 pagi: Rehat / Makan
·         Maggi Goreng

10.45 pagi – 12.15 tengah hari: Pengurusan Kesihatan
                                                Dr Jazilah
·         Faktor yang mempengaruhi kesihatan
·         Piramid makanan
·         Perancangan keluarga
·         Persediaan Semasa dan Selepas Kehamilan
·         Pemeriksaaan Kesihatan Berkala
·         Kesihatan spiritual

12.15 tengah hari – 1.15 petang: Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
                                                Ustaz Mohd Fauzi Bin Ibrahim
·         Maksud rundingcara
·         Individu yang memerlukan khidmat rundingcara
·         Matlamat rundingcara
·         Kepentingan rundingcara
·         Tatacara mendapatkan perkhidmatan rundingcara
·         Tanggungjawab klien
·         Keganasan rumahtangga

1.15 – 2.00 petang: Makan
·         Nasi + papadom + ayam masak kicap + sayur
        Solat berjemaah

2.00 – 2.15 petang: Taklimat Penyampaian Sijil

2.15 – 3.15 petang: Pembubaran perkahwinan
                                    Ustaz Mohd Fauzi Bin Ibrahim
·         Perkara yang menyebabkan pembubaran perkahwinan
·         Talak
·         Khuluk
·         Fasakh
·         Li’an
·         Ila’
·         Zihar
·         Hak dan kewajipan suami isteri setelah berlaku penceraian
·         Pembubaran perkahwinan dan prosedur penceraian

3.15 – 3.45 petang: Ujian Minda
·         Ada 30 soalan objektif.
·         Soalan berkisar tentang topik-topik yang diberikan semasa kursus. Jadi berikan tumpuan dan jangan tidoq!!! =)

3.45 – 4.00 petang: Semakan Ujian Minda oleh penganjur

4.00 – 4.15 petang: Majlis penyampaian sijil dan penutup



Alhamdulillah… begitulah perjalanan Kursus Pra Perkahwinan. Ada penceramah yang menarik dan ada yang agak bosan. Ada slot yang Cik Mira menguap berkali-kali dan ada yang tak berkelip-kelip mata memberikan tumpuan kerana sangat menarik. Macam biasalah, adat menuntut ilmu. 

Setiap topik dibincangkan secara ringkas dan padat. Jadi ustaz-ustaz berpesan supaya menambahkan lagi ilmu tentang perkahwinan nih. Alhamdulillah, dulu-dulu zaman muda remaja undergrad Cik Mira ada ambik subjek Munakahat. Kuliah Munakahat ini diberikan oleh Dr MAZA. Haaa… sapa tak kenai? Hehehe… giler sangat best kuliah Dr MAZA nih. Rasa macam nak pi lagi =) 
Banyak yang dapat dipelajari melalui Kuliah tersebut. Cuma lani kena banyakkan refresh kembali. Hehehe.. dah lama dah tuh belajaq.




Selamat menghadiri Kursus Pra Perkahwinan 
=)



Cik Mira dah berjaya. Anda bila lagi? Chewah, macam berkempen pulak. hehehe

4 comments:

Unknown said...

cik mira.. Ujian minda tu sume negeri ke ade? Lau x lulus ujian tu.. X dapat la sijil erk? Huuu

Cik Puan Mira said...

Cik Mashi, saya tak pasti la semua negeri ada ker tak. rasanya ada kot.
ala, tak pa. soalan dia senang ja. insyaAllah boleh jawab kalau beri tumpuan dalam kursus tu. =)

nur liyana said...

semua soalan objektif je yer???

nur liyana said...

semua soalan objektif je yer???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails