Assalamualaikum…. Hello everyone!!! Selamat petang semua! =)
Wah, bersemangatnyer Cik Mira hari nih. Sekarang
hidup lebih menggembirakan. =)
RAHSIAnya adalah diri sendiri perlu gembira. Setiap
yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Ok kembali kepada topik asal. Pada hujung minggu
lepas, Cik Mira telah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Ya… tuan-tuan,
puan-puan, cik-cik & abang-abang sekalian, Cik Mira baru ja berkursus.
Ish….ish…ish… tuh la dulu kawan-kawan ajak ikut tak mau pi. Lani kan dah tak
dak geng. Hehehe (Cik Mira adalah sangat kurang ‘mesra alam’. Oleh itu,
tersangatla awkward menjadi pendiam
sepanjang kursus berlangsung. huhu nasib baik dua hari ja)
Buat pengetahuan sesiapa yang nak menghadiri Kursus
Pra Perkahwinan di Pulau Pinang (di negeri lain Cik Mira tak tau), sekarang ada
prosedur baru. Semua kursus dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah. Oleh itu,
anda perlu menghubungi Pejabat Agama Daerah dahulu untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang kursus ini. Semua maklumat boleh didapati di website ini:
Cik Mira memilih kursus di Daerah Barat Daya sebab I
kan orang Sungai Batu terchenta =) hehehehe…
Kursus
Pra Perkahwinan Islam
Negeri
Pulau Pinang
Daerah
Barat Daya
Bertempat
di Bilik Seminar, Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau
16
– 17 Jun 2012
Yuran:
RM 80 seorang
Dihadiri
oleh 49 orang peserta
Setiap
peserta diberi fail mengandungi jadual kursus dan buku Memasuki Gerbang
Perkahwinan
* Ini adalah rumusan perjalanan kursus dan isi-isi
penting setiap slot =)
SABTU (16 Jun 2012)
7.30 – 7.45 pagi: Pendaftaran Peserta
7.45 – 8.00 pagi: Taklimat Kursus
8.00 – 9.00 pagi: Aqidah
Ustaz
Amir
·
Cara hidup Islam
·
Peranan Akidah dalam rumahtangga
·
Amalan untuk mengukuhkan Akidah
9.00 – 10.00 pagi: Ibadah
Ustaz
Imran
·
Peranan Ibadah
·
Pembahagian Hukum Syarak
·
Bersuci
·
Peranan Bersuci dan Solat dalam
rumahtangga
10.00 – 10.15 pagi: Rehat / Makan
·
Bihun Singapore
10.15 – 11.15 pagi: Akhlak Islamiah
·
Akhlak Suami Isteri
11.15 pagi – 1.15 petang: Perkahwinan dan Prosedur
Ustaz
Yusoff Abu Bakar
·
Tujuan perkahwinan
·
Persediaan sebelum berkahwin
·
Hikmah Perkahwinan *(selalu ditanya
dalam temuduga)
·
Hukum Nikah *(selalu ditanya dalam
temuduga)
·
Rukun Nikah *(selalu ditanya dalam
temuduga)
·
Tanggungjawab Suami Isteri
·
Prosedur Pra Perkahwinan
1.15 – 2.15 petang: Makan tengah hari
·
Nasi + ikan masak lemak cili api +
gado-gado + ulam + sambal belacan
Solat Zohor berjemaah
2.15 – 3.15 petang: Hubungan dalam keluarga
Ustaz
Muhammad Amin Ismail
·
Hubungan dalam perkahwinan
·
Cabaran pasangan yang baru berkahwin
·
Adab hubungan kelamin
3.15 – 4.15 petang: Pengurusan Kewangan dan Masa
·
Pengurusan kewangan
·
Perbelanjaan
·
Pengurusan masa
AHAD (17 Jun 2012)
8.20 – 8.30 pagi: Pendaftaran peserta / taklimat
8.30 – 9.30 pagi: Komunikasi Suami Isteri
Ustaz
Rosdi
·
Bentuk komunikasi suami isteri
·
Mawaddah dan Rahmah
·
Kepentingan berkomunikasi
·
Kawal kemarahan
·
Lakukan aktiviti bersama
9.30 – 10.30 pagi: Pengurusan Stress dan Konflik
·
Punca dan tanda-tanda tekanan
·
Pengurusan konflik
·
Bentuk Konflik
10.30 – 10.45 pagi: Rehat / Makan
·
Maggi Goreng
10.45 pagi – 12.15 tengah hari: Pengurusan Kesihatan
Dr
Jazilah
·
Faktor yang mempengaruhi kesihatan
·
Piramid makanan
·
Perancangan keluarga
·
Persediaan Semasa dan Selepas Kehamilan
·
Pemeriksaaan Kesihatan Berkala
·
Kesihatan spiritual
12.15 tengah hari – 1.15 petang: Perkhidmatan
Rundingcara di Jabatan Agama Islam
Ustaz
Mohd Fauzi Bin Ibrahim
·
Maksud rundingcara
·
Individu yang memerlukan khidmat
rundingcara
·
Matlamat rundingcara
·
Kepentingan rundingcara
·
Tatacara mendapatkan perkhidmatan
rundingcara
·
Tanggungjawab klien
·
Keganasan rumahtangga
1.15 – 2.00 petang: Makan
·
Nasi + papadom + ayam masak kicap +
sayur
Solat berjemaah
2.00 – 2.15 petang: Taklimat Penyampaian Sijil
2.15 – 3.15 petang: Pembubaran perkahwinan
Ustaz
Mohd Fauzi Bin Ibrahim
·
Perkara yang menyebabkan pembubaran
perkahwinan
·
Talak
·
Khuluk
·
Fasakh
·
Li’an
·
Ila’
·
Zihar
·
Hak dan kewajipan suami isteri setelah
berlaku penceraian
·
Pembubaran perkahwinan dan prosedur
penceraian
3.15 – 3.45 petang: Ujian Minda
·
Ada 30 soalan objektif.
·
Soalan berkisar tentang topik-topik yang
diberikan semasa kursus. Jadi berikan tumpuan dan jangan tidoq!!! =)
3.45 – 4.00 petang: Semakan Ujian Minda oleh
penganjur
4.00 – 4.15 petang: Majlis penyampaian sijil dan
penutup
Alhamdulillah… begitulah perjalanan Kursus Pra
Perkahwinan. Ada penceramah yang menarik dan ada yang agak bosan. Ada slot yang
Cik Mira menguap berkali-kali dan ada yang tak berkelip-kelip mata memberikan
tumpuan kerana sangat menarik. Macam biasalah, adat menuntut ilmu.
Setiap topik
dibincangkan secara ringkas dan padat. Jadi ustaz-ustaz berpesan supaya
menambahkan lagi ilmu tentang perkahwinan nih. Alhamdulillah, dulu-dulu zaman
muda remaja undergrad Cik Mira ada ambik subjek Munakahat. Kuliah Munakahat ini
diberikan oleh Dr MAZA. Haaa… sapa tak kenai? Hehehe… giler sangat best kuliah
Dr MAZA nih. Rasa macam nak pi lagi =)
Banyak yang dapat dipelajari melalui
Kuliah tersebut. Cuma lani kena banyakkan refresh kembali. Hehehe.. dah lama
dah tuh belajaq.
Selamat menghadiri Kursus Pra Perkahwinan
=)
Cik Mira dah berjaya. Anda bila lagi? Chewah, macam
berkempen pulak. hehehe