Thanks for your support!

Friday, April 15, 2011

idea: video 2

Assalamualaikum... ^________^
Cik Mira terjumpa video sweet sangat sangat.

ENJOY!!!!!


[SOURCE] 
 
Rasa seperti dibuai dengan 'flow' video tersebut. (sebenarnya tak tau macam mana nak explain. tapi rasa macam termagnet dengan video tuh.. Kena tengok sampai abis. Sebab kadang-kadang video kawen yang Cik Mira tengok, macam bosan ja.. tapi yang nih best!!) Mungkin ekspresi yang lebih sesuai adalah 'WOW"! hehe
Pastu rasa sweet ja 'moment' dan semua orang dalam video tuh. kan kan kan??? hehehe

Ok daaaa... ^____^ Cik Mira nak p berangan sat ~haha

Thursday, April 14, 2011

Al Fatihah

Assalamualaikum. 

Nenda tersayang; Hajjah Siti Hawa Bt Din telah kembali ke Rahmatullah pada hari selasa lepas. 
Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamha dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang beriman. 

~Al Fatihah

Saturday, April 9, 2011

I'm a survivor!

Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu. Seperti biasa, tiada lagi update kawen-kawen untuk dikongsi di sini. hehehe... Perlu memberi laluan kepada perkara-perkara lain dahulu. Sebenarnya hampir setiap hari pikir-pikir pasal kawen nih. Tapi belum sampai masanya lagi untuk dikongsi di sini. hehehe.. AKAN DI UPDATE ^_____^
Jom tengok gambar yang boleh dikatakan setiap pagi Cik Mira tengok. Gambar ini seperti memberi 'peringatan' kepada Cik Mira. Di mana kita berada, jadilah yang terbaik. 'I"M A SURVIVOR'



pokok yang sangat gigih! dalam bakul motor terbiar pun mampu untuk hidup.
 
Subhanallah!
 
Marilah kita terus berusaha demi masa hadapan yang gemilang! ^____^
 
* Sebenarnya dah lama dah Cik Mira nak ambil gambar pokok nih. Memang sangat kagum. Jadi pada suatu pagi yang sejuk, Cik Mira sempat jadi mamarazi. hehehehe

Thursday, April 7, 2011

My lab bench

Assalamualaikum... Hai ^____^
Disebabkan telah terlebih rajin nak update blog, tapi tak tau nak update apa. Jadi marilah kita sama-sama tengok Cik Mira punya lab bench. hahahahaha....

ketika berada pada fasa sederhana serabut.. hehe
  1. Laptop azimat kesayangan
  2. Buku yang seperti kurang kasih sayang hahaha kesian dia dapat tuan macam Cik Mira nih
  3. Ayaq!
  4. Beg comot untuk pergi lab
  5. Cekelat sedap pemberian labmate. TQ ^___^
  6. Kalendar & Kalender akademik
  7. Contengan-contengan semangat, things to do! & yang sewaktu dengannya
  8. Pamplet kamera idaman
  9. Sudut barangan comel ^____^
  10. Bakul alat tulis lab
  11. Souvenir dari labmate
  12. Chemicals baru dok posing dalam kabinet (hehe saja nak label jugak yang nih)


Ok dah.. dah... sambung kerja ^_____^  hehehe

*** pssssst!!! kawan-kawan punya workplace macam mana pulak???

Tuesday, April 5, 2011

idea: video

Assalamualaikum... hai!

rasa macam hati berbunga riang bila tengok video nih. hahahaha...
mungkin sebab hari nih, rasa happy ja kot.

Lisa & Jeffrey's NYC Elopement ! from Jeffrey Stoner Video on Vimeo.

 comel ja kan? tambah-tambah bila kita tengok orang happy
hehe

Sekian terima kasih,

Cik Mira yang tengah happy ^_____^

Saturday, April 2, 2011

Sedetik lebih


I love you; My Cintasayangiluvu!!!

^________^


hehehe

Friday, April 1, 2011

Untuk awet muda dalaman & luaran

Assalamualaikum... Salam Jumaat! hehehe Alhamdulillah... hari nih murah rezeki. Thank you Puan Wardah & suami. Terima kasih jugak jiran, iaitu warga lab sebelah. hehehe

Kali nih nak berkongsi tips yang dicilok dari FB Cik Naseebah. ^_____^


Untuk awet muda dalaman & luaran

1) Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x
Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.
 2) Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35, 36, 37 dan 38 pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)


-Dr. Fatma Zahra-

*** akan cuba nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails