Selamat Hari Raya Aidilfitri... Cik Mira mohon maaf kalau ada salah dan silap sepanjang berblog nih.
Semoga kawan-kawan bergumbira bersama keluarga. Walaupun kebanyakannya sudah kembali bertugas/belajar kan? Semoga kita semua dapat meneruskan perjuangan masing-masing walaupun mungkin ada yang masih dalam mood raya. hehe
1 Syawal 1432 yang lalu juga merupakan Majlis Pertunangan Cik Mira & My CintaSayangIluvu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Mama, Maksu, Makjang, family, saudara mara yang datang walaupun pada 1 Syawal. hihi..
Majlisnya ringkas sahaja. Perasaan tak ketahuanhala & malu-malu kucing juga turut menghantui diri ini pada hari kejadian. hahaha.. Giler sangat cuak!
jom la kita layan gambar~
Amir, KakChik, Mama, Cik Mira & Angah |
mini pelamin |
hantaran pihak perempuan |
ada 1 tuh terlarik tema.. haha
cuak! |
nervous |
Terima kasih Maksu! kerna telah meMake-up sampai cunz! |
artis korea aka my adik merangkap photographer |
Warna tema : Pink + Biru (sepatutnya la.. tapi dah jadi warna warni dah.. hehe belasah jer la =p )
Baju : baju kurung moden warna oren/peach (ready made)
Tudung : tudung bawal (tetiba tukar last minute hihi)
Veil : nih guna shawl biasa jer
Hand bouquet : artificial flower + kain organza (gubah sendiri)
Backdrop/mini pelamin : sendirian berhad (terima kasih Mama & Cik Mas)
Deco Hantaran : sendirian berhad & reuse dari my aunties =)
Jamuan Makan : 1) Nasi tomato (Catering kawan Mama. terlupa nama apa. Tapi sedap! =) )
2) Laksa & Ketupat daun palas (Terima kasih Makjang)
3) Rendang ayam (Terima kasih Maksu)
4) Acar (Terima kasih Tokngah)
dan lain-lain makanan wajib hari raya =)
Make up : by Maksu Shiela (terima kasih! cunz giler... sangat suka.. nampak natural hehehe)
Photographer : Adikku. Guna kamera Lumix DMC-FZ40
Editing : http://www.picnik.com/
Macam tuh la serba sedikit. Tiada MUA, OP, OV dan yang sewaktu dengannya. =) TAPI ada FAMILY dan SAUDARA MARA yang sangat membantu =)
Majlisnya ringkas tapi penatnya tidak terhingga. Tak dapat membayangkan kalau majlis yang besar sedikit nanti. ~huhu.
~Alhamdulillah~Alhamdulillah~Alhamdulillah~
Terima kasih buat keluarga tercinta, My CintaSayangIluvu dan keluarganya, saudara-mara & kawan-kawan yang mendoakan kebahagiaan kami.
Semoga dipermudahkan segala urusan nanti.
Ok bubye!!!
No comments:
Post a Comment