Thanks for your support!

Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Dollydle

Assalamualaikum.. hai kawan-kawan semua =)
hari nih sihat tak? Semoga yang tidak sihat tuh, cepat-cepat kembali sihat okay
Dah lama pulak tak menulis panjang-panjang kat sini
Selalu tulis dua tiga patah perkataan ja kan? hehehe
mungkin idea menulis telah kering akibat terlalu banyak disalurkan untuk tesis tercenta. ~wah.. hahaha.. macam hebat ja kan?
yer.. yer.. sayer tau. tesis kita tuh nanti tak sampai 20 orang pun akan baca. Yang bertuah hanyalah diri sendiri, My CintaSayangIluvu (mungkin sebab akan dipaksa..haha), supervisor, internal examiner, external examiner, best friends (dipaksa jugak), family (adakah mereka kesah? huhu.. rasa macam mungkin baca kulit depan ja kot), lab mates, budak-budak junior dan yang sewaktu dengannya. Tapi nak buat macam mana, dah itu lumrahnya. huhu.
ok dah habis tentang tesis yang entah sampai bila penghujungnya tuh.. ~haih... (procrastinating, please go away!)

Sekarang kita beralih kepada topik yang lagi menarik, iaitu Dollydle. ha... apa kebendanya tuh? cer citer cer citer.. hehe
Dollydle merupakan antara benda paling comel di atas muka bumi ini. ha.. tak percaya? meh tengok sini


COMEL kan???? i like sejuta kali!!!!!!! =)
Yang membuatkan kartun tercomel nih adalah Amar Amirah; pemilik Belog Cap Ayam
Kawan-kawan boleh dapatkan hasil kerja yang tercomel kebaaabooom nih kat The Dollydle's Cottage
Ada banyak giler kartun comel kat situ.. hehe rasa nak pi camping semalaman kat situ (hahaha lebih-lebih tau Cik Mira nih)


Harga adalah sangat berpatutan. Ini memang dah masuk dalam LIST besar Cik Mira. hehehehe
Hmmm... tak tahu nak buat apa dengan kartun comel tuh? Ha meh sini nak bagi idea:
  • jadikan ikon kat blog.
  • tempek banyak-banyak kat meja study, meja keja dan mana-mana meja terpilih.
  • jadikan wallpaper komputer, handphone, ipad.
  • jadikan profile picture kat Facebook
  • boleh tempek sebagai watermark untuk gambar.
  • tempek dalam kad jemputan kawen
  • tempek kat banner/signage untuk majlis.
  • tempek kat TQ tag
  • tempek kat goodie bag
haaa... banyak tuh kegunaannya. hehe lagipun, Cik Mira memang sangat suka benda benda comel nih. hehe
kalau kawan-kawan ada idea lain untuk kartun tuh, bagitau Cik Mira okay?



*** Ini bukanlah iklan berbayar. Cik Mira cuma kongsi apa yang menarik minat diri ini sahaja kepada kawan-kawan.

[Images credit to The Dollydle's Cottage ] 



Ok bubye!!!!

Saturday, March 5, 2011

DIY 4: kartun pasangan comel 2

Assalamualaikum...
Semoga anda, anda dan anda semua sentiasa bergembira. Hari ni Cik Mira kurang gembira. Banyak sangat aih perkara yang berlaku. Kerja pun banyak.... ~wuuuuu
Tapi hidup harus diteruskan. Oleh itu, untuk menggembirakan hati ini, Cik Mira godek-godek la laptop. Mula bercadang nak buat entry tentang contest yang telah ditag oleh cik suhilary. TAPI tak siap-siap pun lagi. ~wuuuu.. akan berusaha menyiapkan dengan segera.. hihi

Ha, tau apa Cik Mira godek-godekkan? Mesti la tau... tajuk kat atas dah bagitau... ~duh 
hehe Cik Mira mengasah bakat buat kartun lagi. Yang nih guna PowerPoint. Dah jatuh hati dengannya.
Inspirasi adalah dari kartun-kartun anime yang mana kartunnya bermata besar tuh. huhu...
Bila belek-belek balik gambar kartun anime tuh nampak macam boleh ja nak buat nih. haha
Jadi dengan bersungguh-sungguh menggodek-godek, AKHIRNYA...





Jejaka nih tak dak janggut. hehehe.. Sori yer My CintaSayangIluvu. huhu.. Kartun tak berjanggut lagi comei! =p  Mungkin rambut si jejaka tuh nampak feliks sedikit. huhu untuk yang tuh perlu menajamkan skill lagi. hahaha
Oh, lupa pulak. Font yang ada ♥ ♥ comel tuh, nama dia Heartland. Tersangatla comei okay!!!!
Cik Mira cilok dari SINI  dafont.com. Memang daboooom font dekat situ.
Anda hanya perlu
  1. Download font mana yang berkenan di hati.  
  2. Pastu install (boleh tengok kat SINI cara install) 
  3. Dah boleh guna kat mana-mana program. Contoh photoscape, MS word & powerpoint.


Akhir kata, terimalah watermark Ceritera Cik Mira yang baru keluar dari oven nih. ^_______^

Sunday, February 20, 2011

DIY 3: Ladybird comel

Assalamualaikum... Selamat menghabiskan sisa-sisa hujung minggu.
Hari nih terlebih rajin. huhu bukan rajin memasak ka kemas rumah ka baca jurnal ka. TAPI godek-godek Microsoft Powerpoint lor pulok. huhu
Jom layan Ladybird Comel!

Wednesday, February 16, 2011

DIY 2: kartun pasangan comel versi My CintaSayangIluvu

Assalamualaikum! Hi.. Watcha doin'? How are you? huhu speaking pulok yer.
Memang lani kalau nak beli nasi kat cafe pun tersasul nak speaking. Hahaha gilor betui. Ini semua penangan cik adik manis kat rumah nih la. Kecik-kecik dah pandai berFB. baru 8 tahun... wuuu sabar jela. Nak cakap pun kebanyakannya speaking jela yer.. huhu ok ok.. sudah meluahkan perasaan.
hehe jom layan kartun yang My CintaSayangIluvu lukis. Guna Microsoft Powerpoint saja. huhu hebat betui. Dah la comei. I like! hehehe

siap ada rambut pacak & janggut lagi. hahaha. tidak dilupakan juga anak tudung pink

Selamat mencuba! walaupun tak ada tutorial pun hahaha  Senang ja nih. hehe

Ok bye bye

Saturday, February 12, 2011

DIY 2: kartun pasangan comel versi My CintaSayangIluvu (sneak peak)

Assalamualaikum, hellooooo ^____^
Sekarang tengah semangat berkartun-kartun. Jom layan kartun pasangan comel versi My CintaSayangIluvu. Tapi kena buat sneak peak dululah. Baru ada feel excited tuh. kan? hehe



Comelkan? Comel giler!!!! Aaaaaaaa.... macam meroyan pulak..hahaha
Bila tengok nih, macam tak percaya pulak My CintaSayangIluvu yang buat. huhu Guna Powerpoint pulak tuh. ~Aiiiyooook!
Nanti kalau berkesempatan, Cik Mira update lagi ^____^

Ok bye bye!

Friday, February 11, 2011

DIY 1: kartun pasangan comel

Assalamualaikum. Hai hai hai!
Sebelum nih Cik Mira tunjuk sneak peak ja kan? Jadi hari ni kita tengok yang betul punya!

Cik Mira buat pasangan comel ni guna photoscape ja. Serius tak pandai lukis. Cik Mira agak 'kayu' tangannya. Tapi sukakan benda comel lagi kreatif. Suka sangat. Banyak tutorial benda-benda kreatif nih Cik Mira dah bookmarkkan. hehehe. Kononnya pada suatu hari nanti nak cuba buat. ~InsyaAllah
Sejak akhir-akhir nih kan Cik Mira rajin pulak nak buat macam-macam. Mungkin aura 'bride-to-be' tuh dah mai dah kot. hahaha
Ok dah. Meh sini nak tunjuk macam mana Cik Mira yang 'kayu' nih pun boleh buat kartun pasangan comel. (tajuk sebelum nih kan guna 'pengantin', tapi rasanya 'pasangan' lagi sesuai kot. hehe)

  • 1) Buka Photoscape. Klik Editor.


  • 2) Klik Menu. Pilih New Photo.


  • 3) Pilih Width, Height dan Color mengikut citarasa anda.



  • 4) Untuk lukis muka pompuan cantek. Mula-mula lukiskan 2 bulat. 1 hitam dan 1 putih. Adjust mana yang patut.




  •  5) Untuk lukis mata, Cik Mira guna simbol ^



  •  6) Cari bentuk yang sesuai untuk lukis mulut. Cik Mira guna pentagon (5 segi). Adjust saiz. Ok dah siap!




  • 7) Kalau rajin lagi. Bolehlah tambah aksesori sikit. hehehe ^___^




  •  8) Untuk yang lelaki. Asasnya sama. Guna petak untuk lukis songkok (petak songkok nih kena adjust lagi rasanya. nampak sedikit feliks). Untuk lukis rambut, Cik Mira guna bentuk hexagon (6 segi). Adjust saiz.




  • 9) Letak bentuk tuh bagi elok-elok ok. Kat kanan dan kiri.




  • 10) Tambah la apa-apa yang patut untuk bagi lagi comel ^____^



OK DAH SIAP!

ni versi tanpa aksesori
Ha, macam tuh la. Kalau ada komen/cadangan penambahbaikan bagitau okay. Cik Mira tak terer pun. Sekadar suka-suka ^___^


Next update: My CintaSayangIluvu pulak nak tunjuk kehebatan dia melukis kartun. Guna Powerpoint saja ~aiiiyoook... nampaknya Cik Mira dah ada persaingan nih. huhu =p


Ok bye bye

    Wednesday, February 9, 2011

    DIY 1: kartun pengantin comel (sneak peak)

    Assalamualaikum! hi semua.
    Cik Mira bagi tengok sikit ja dulu okay. Nama pun sneak peak kan? hehe


    Terkojut! My CintaSayangIluv tengok mms pagi-pagi buta ada kartun comel. haha 'comel' tuh Cik Mira ja yang puji sendiri hahahahaha

    Hm, kartun nih Cik Mira buat guna bentuk bulat, segiempat dan yang sewaktu dengannya saja. hehehe Cik Mira bukan terer pun. Saja nak kongsi dengan kawan-kawan.
    Nanti Cik Mira tunjuk gambar penuh okay! (^___^)

    Ok bye bye

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails