Thanks for your support!

Monday, February 28, 2011

Idea: Save The Date 2

Assalamualaikum. Salam hari Isnin ^________^
Idea nih senang saja. Tapi sangat menarik. Ala Hollywood okay hehe
Masa nih bolehlah perasan jadi femes kan?

segala aksi ter....... jangan tiru okay!
{Image Credits ---> Google}


Bahan-bahan yang diperlukan:
1) kamooooo yang gorgeous bersama pasangan kamooooo
2) jurugambar bersama kamera
3) tempat-tempat menarik
4) photoscape / adobe photoshop / magazine cover template (contoh)

*nanti kalau dah try, Cik Mira update.
** Suhilary, nih la idea gambar tuh.

Terima kasih sudi membaca! Ok, tata

Sunday, February 27, 2011

Idea: Deco (Plastic Bottle Flowers )

Assalamualaikum... selamat berhujung minggu.
~wuuuuuu busy pulak minggu nih. Sampai tak tau nak update apa. hahahahaha
Hm wedding progress sekarang nih mungkin dah jadi 2% kot. Sebab sekarang tengah mengumpul idea.
Jadi kali nih, Cik Mira nak kongsi penemuan terkini. hehe
Cik Mira kan DIY bride-to-be on budget, jadi saja la jalan-jalan cari idea.
Pastu terjumpa pulak yang ni. Plastic bottle art by Designer Michelle Brand ~Wah!!!! sangat terkagum ok.
Terus rasa nak ugut semua orang suruh kumpul plastic bottle untuk Cik Mira. hahaha

comel kan?

close up sikit. ha.. nampak tuh, guna tapak botol plastik tuh ja.

buat tirai pun cantek!

aaaaaaaaa.... tension tengok gambar nih. SANGAT COMEL!

uik. letak kat lampu pulak.. ~sukaaaaa
{Image Credits}

Nak buat pun senang juga.
1) potong botol
2) licinkan keliling bekas yang telah dipotong dengan kertas pasir
3) tebuk lubang. guna dawai panas boleh kot
4) ikat dengan tali

Boleh juga nak tengok kat sini

**** Tadi tengok kat dapur baru ada 3 botol plastik yang ada bentuk bunga macam tuh huhu.. memang kena memereas ugut ramai orang nih. haha

Ok tata..

Sunday, February 20, 2011

DIY 3: Ladybird comel

Assalamualaikum... Selamat menghabiskan sisa-sisa hujung minggu.
Hari nih terlebih rajin. huhu bukan rajin memasak ka kemas rumah ka baca jurnal ka. TAPI godek-godek Microsoft Powerpoint lor pulok. huhu
Jom layan Ladybird Comel!

Kepada pengguna SPSS sekalian, marilah tolong Cik Mira

Assalamualaikum...
Kawan-kawan yang pernah/sedang/terer guna SPSS??? Cik Mira nak tanya kalau compare means 'two-way ANOVA' memang tak dak ka dalam SPSS tuh???????? Atau Cik Mira nih yang tak pandai guna.
~wuuuuu silalah tolong saya ^___^

Saturday, February 19, 2011

Live Life. No Regrets

The people in your life are there for a reason. 
They either stay for a while or they stay for a really long time. 
It's about making every connection something more, something special, something memorable. 
In the end, whether the person stays or goes, you can look back and smiles. 
Cause you know, you were the best person you could be. 



Friday, February 18, 2011

Oh, mahalnya

Assalamualaikum... selamat hari jumaat!
Tadi dok sembang-sembang dengan mama tentang dewan, baju, make up, deco, pelamin dan yang sewaktu dengannya.
huhu.. bila sembang bab-bab nih isi pentingnya mestilah KOS! ~oh
kalau ikutkan pilihan hati idaman kalbu Cik Mira, semua mestilah simple, bersih, tak banyak macam-macam la.. huhu tak tau macam mana nak describe. tapi yang pasti SIMPLE macam apa yang telah diperkatakan kat My Dreams Wedding tuh. Tapi bila dah jadi anak sulung dalam keluarga nih, payah jugak. Maklumlah kenduri kawen yang julung-julung kalinya diadakan. Semua nak yang kebaaabooom ~wah...kalaulah i nih kaya raya... akan i ikut saja pilihan mama i. huhuhuhuuuuuuuuuuuu
Tragis betui. hm dengan ini, Cik Mira akan berusaha sedaya upaya memikirkan jalan penyelesaian yang mengikut bajet.
huhu. Tak pa ada lebih kurang 8 bulan lebih lagi. Eh, alamak... rasa macam dah kesuntukan masa ja... ~wuuuu
progress status: 1% kot huhuhuhu
tetiba macam tension pulak. ~adeh

Ok bye bye!

Wednesday, February 16, 2011

DIY 2: kartun pasangan comel versi My CintaSayangIluvu

Assalamualaikum! Hi.. Watcha doin'? How are you? huhu speaking pulok yer.
Memang lani kalau nak beli nasi kat cafe pun tersasul nak speaking. Hahaha gilor betui. Ini semua penangan cik adik manis kat rumah nih la. Kecik-kecik dah pandai berFB. baru 8 tahun... wuuu sabar jela. Nak cakap pun kebanyakannya speaking jela yer.. huhu ok ok.. sudah meluahkan perasaan.
hehe jom layan kartun yang My CintaSayangIluvu lukis. Guna Microsoft Powerpoint saja. huhu hebat betui. Dah la comei. I like! hehehe

siap ada rambut pacak & janggut lagi. hahaha. tidak dilupakan juga anak tudung pink

Selamat mencuba! walaupun tak ada tutorial pun hahaha  Senang ja nih. hehe

Ok bye bye

Tuesday, February 15, 2011

♥Salam Maulidur Rasul♥

Assalamualaikum...  
Salam Maulidur Rasul


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّمْ

May our invocations of peace and salutation upon Rasulullah SAW, our safeguard of his inheritance for us (Al-Quran and As-Sunnah), our embrace of the Deen and our emulation of his character so far, be an adequate birthday gift for our Prophet.

Sunday, February 13, 2011

Idea: Save The Date 1

Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu.
Jom layan video Save The Date yang menarik nih! giler best! huhu


Idea yang sangat menarik. Ala trailer filem tuh. Cik Mira pasti, yang buat video nih memang sangat pro. Kalau Cik Mira yang buat, boleh ka jadi sampai camtu. hehehe
Ok bye bye! ^___^

Tinggalkan link anda di sini

*** Sticky post sehingga bloglist dah siap! hehe

Assalamualaikum! Hi bloggers yang disayangi sekalian! Cik Mira ada bloglist. hehe Cik Mira da banyak blog yang selalu diterjah. tapi jadi silent reader ja. Walaubagaimanapun, disebabkan sejak akhir-akhir nih ada ramai blogger menerjah Ceritera Cik Mira nih, jadi dengan ini, Cik Mira nak mengumpulkan semua link kawan-kawan blogger kat bloglist tuh. Diharapkan sudi-sudikanlah meninggalkan link anda di sini.
boleh jugak kalau nak singgah-singah dulu tolong lap sikit mana yang patut kat noorhasmirabloglist nih hehe

Saturday, February 12, 2011

DIY 2: kartun pasangan comel versi My CintaSayangIluvu (sneak peak)

Assalamualaikum, hellooooo ^____^
Sekarang tengah semangat berkartun-kartun. Jom layan kartun pasangan comel versi My CintaSayangIluvu. Tapi kena buat sneak peak dululah. Baru ada feel excited tuh. kan? hehe



Comelkan? Comel giler!!!! Aaaaaaaa.... macam meroyan pulak..hahaha
Bila tengok nih, macam tak percaya pulak My CintaSayangIluvu yang buat. huhu Guna Powerpoint pulak tuh. ~Aiiiyooook!
Nanti kalau berkesempatan, Cik Mira update lagi ^____^

Ok bye bye!

Friday, February 11, 2011

DIY 1: kartun pasangan comel

Assalamualaikum. Hai hai hai!
Sebelum nih Cik Mira tunjuk sneak peak ja kan? Jadi hari ni kita tengok yang betul punya!

Cik Mira buat pasangan comel ni guna photoscape ja. Serius tak pandai lukis. Cik Mira agak 'kayu' tangannya. Tapi sukakan benda comel lagi kreatif. Suka sangat. Banyak tutorial benda-benda kreatif nih Cik Mira dah bookmarkkan. hehehe. Kononnya pada suatu hari nanti nak cuba buat. ~InsyaAllah
Sejak akhir-akhir nih kan Cik Mira rajin pulak nak buat macam-macam. Mungkin aura 'bride-to-be' tuh dah mai dah kot. hahaha
Ok dah. Meh sini nak tunjuk macam mana Cik Mira yang 'kayu' nih pun boleh buat kartun pasangan comel. (tajuk sebelum nih kan guna 'pengantin', tapi rasanya 'pasangan' lagi sesuai kot. hehe)

  • 1) Buka Photoscape. Klik Editor.


  • 2) Klik Menu. Pilih New Photo.


  • 3) Pilih Width, Height dan Color mengikut citarasa anda.



  • 4) Untuk lukis muka pompuan cantek. Mula-mula lukiskan 2 bulat. 1 hitam dan 1 putih. Adjust mana yang patut.




  •  5) Untuk lukis mata, Cik Mira guna simbol ^



  •  6) Cari bentuk yang sesuai untuk lukis mulut. Cik Mira guna pentagon (5 segi). Adjust saiz. Ok dah siap!




  • 7) Kalau rajin lagi. Bolehlah tambah aksesori sikit. hehehe ^___^




  •  8) Untuk yang lelaki. Asasnya sama. Guna petak untuk lukis songkok (petak songkok nih kena adjust lagi rasanya. nampak sedikit feliks). Untuk lukis rambut, Cik Mira guna bentuk hexagon (6 segi). Adjust saiz.




  • 9) Letak bentuk tuh bagi elok-elok ok. Kat kanan dan kiri.




  • 10) Tambah la apa-apa yang patut untuk bagi lagi comel ^____^



OK DAH SIAP!

ni versi tanpa aksesori
Ha, macam tuh la. Kalau ada komen/cadangan penambahbaikan bagitau okay. Cik Mira tak terer pun. Sekadar suka-suka ^___^


Next update: My CintaSayangIluvu pulak nak tunjuk kehebatan dia melukis kartun. Guna Powerpoint saja ~aiiiyoook... nampaknya Cik Mira dah ada persaingan nih. huhu =p


Ok bye bye

    Thursday, February 10, 2011

    Indahnya berbaik sangka

    Assalamualaikum... hello (^___^)
    Something bother me today and I posted it on my facebook's wall. Alhamdulillah, I've surrounded with so many loving and caring people. Thank you, everyone! So here I am... I want to share with you what one of my lovely friends said,
    "Cik Mira, betulkan niat~ Selalu berbaik sangka pada orang. Biarlah nampak macam riak tapi kalau dah dia kata dia jujur, kita lapangkan dada terima penyataan dia tu.  
    Dalam badan-badan manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu baiklah keseluruhannya. ketahuilah ia adalah hati. - alhadith."


    ~ think positively or better be describe as hussnuzan ---> berbaik sangka. Oh, sometimes I forgot what I've learnt in school! Thank you so much dear Ummi Della. I love you!!!
    I'm certainly feel very calm after I read that. (^____^)

    Ok bye bye

    Saya nak demam =/



    Hi semua... rasa nak demam... ~huuuuu
    ~ jom layan lagu tuh. hehehe

    eh, sebelum terlupa. Pemenang contest What's Hot is Gettin' Hotter dah diumumkan. tahniah kepada entry 111. memang kreatip!

    ok bye bye!

    Wednesday, February 9, 2011

    DIY 1: kartun pengantin comel (sneak peak)

    Assalamualaikum! hi semua.
    Cik Mira bagi tengok sikit ja dulu okay. Nama pun sneak peak kan? hehe


    Terkojut! My CintaSayangIluv tengok mms pagi-pagi buta ada kartun comel. haha 'comel' tuh Cik Mira ja yang puji sendiri hahahahaha

    Hm, kartun nih Cik Mira buat guna bentuk bulat, segiempat dan yang sewaktu dengannya saja. hehehe Cik Mira bukan terer pun. Saja nak kongsi dengan kawan-kawan.
    Nanti Cik Mira tunjuk gambar penuh okay! (^___^)

    Ok bye bye

    Monday, February 7, 2011

    neeee...nooooo...neeeee...noooooo

    Assalamualaikum!
    Tadi Cik Mira dah keluarkan kamera tersayang dari WKCM (? klik sini untuk keterangan lebih lanjut). Tuh yang ada bunyi neeee...nooooo...neeeee...noooooo. hehehe. Cik Mira pergi hantar kat Olympus (Malaysia), Penang. Alamat dia kat sini:
    Suite 3A.6, Level 3A,
    Wisma Great Eastern,
    No. 25, Lebuh Light, 10200 Penang.
    Tel: 04 2622832      Fax: 04 2625832

    Peta pun ada. (^__^) rajin pulak Cik Mira nih. huhu. Jadi kepada sesiapa yang tak tau macam mana nak ke sana, boleh tengok peta nih. Dekat ja dengan area Dewan Sri Pinang. okay.


    View Wisma Great Eastern in a larger map
     
    Ha, masalah kamera Cik Mira nih, sebab LCD dia. huhu.. Mungkin sebab jatuh kot kamera tuh. Kesian dia. LCD jadi belang-belang macam kuda belang. Patutla dia asyik menunjukkan 'belang'nya itu ~haih.
    Harap-harap lepas nih, kamera Cik Mira kembali normal dan caj yang dikenakan tak la mahai. ~Amin (^__^)
    Pasni bolehlah bergambar sakan hahaha

    Lepas hantar kamera masuk sepital yang sebenar, Cik Mira berangkat menuju ke Hameediyah Restaurant yang pemes kat Lebuh Campbell. Pi pekena nasi briyani la. Apa lagi. Nasi Briyani kat sini memang TERBAIK! Ini kali ke-3. hahaha gila betoi. Nama ja orang Penang, tapi bila mencapai umur 'dewasa' ini baru dapat sampai kat situ. hahaha. Ok la kan. Nasi briyani hameediyah sangat sedap, cuma untuk Cik Mira lepas nih kena special sikit la sebab ayam besaq sangat. tak boleh habiskan lor. Jadi kena share ja seketui ayam tuh. Harga pulak memang standard kedai nasi kandar la kan. Cik Mira & My CintaSayangIluvu makan nasi briyani ayam 1 set, nasi briyani + ayam goreng bawang, teh ais 2 & kuah gulai ayam. RM19.80. Mahai ka murah... anda tentukanlah (^_*)
    Ha lagi satu, Hameediyah nih dah ada versi yang CUN! hehehe Tapi hari ni Cik Mira makan kat kedai asal, biasaja. Kalau masuk kita boleh skating sampai ke dapur. hahahaha kalau sapa yang pernah pi, akan tau 'keadaan' lantai yang boleh skating tuh. Kan? hehe Tapi yang versi Hameediyah CUN! nih memang sangat cun. Kali ke-2 makan nasi briyani hameediyah, kat situ la hehe. Environment memang cun. Kalau nak tau lebih banyak info, boleh tengok kat sini ---->The Single Lady. (kawan Cik Mira buat review siap dengan peta lagi)

    Masa lalu kat area nih, nampak banyak jugak kedai pemborong pakaian, aksesori dan macam-macam lagi. Pastu tetiba... *keting* <--- bunyi dapat idea hahahaha. "Hm, rasanya kalau nak borong pakaian seragam untuk majlis kenduri pun ok jugak kan." hehe pakaian seragam bagi kaum hawa la. Baju kurung yang cantek-cantek. Tapi apa-apa pun kenalah tanya big boss aka mama dulu.

    Ok bye bye! 

    p/s: rasa lapaq nasi briyani lagi la

    Sunday, February 6, 2011

    Contest Si Manis Berbaju Kurung

    Assalamualaikum... hai hai hai!
    Disebabkan baru bergiat aktif (sederhana aktif sebenarnya haha) dalam dunia blogging nih, baru perasan kewujudan contest, give away dan yang sewaktu dengannya. huhuhu.
    Tertarik nak join semua tuh. Cuma dok pikir-pikir, ok ker? hehehe tapi hari nih dengan tak malunya yakinnya nak join. hahahaha. sebab rasa tak la susah sangat contest nih. hehe


    tengok kepada syarat-syarat pun ok. setel. boleh join! hehe


    Jadi gambar Si Manis Berbaju Kurung yang dipertaruhkan adalah:


    3 kawan-kawan blogger yang ditag:
    cik nana
    cik zaty
    cik syu

    More info: azalia hjsalleh

    Friday, February 4, 2011

    Your own fashion show

    Assalamualaikum... hi semua!
    Tetiba terpikir, kan best kalau nak cari dress cantek-cantek, kita buat ala fashion show macam video kat bawah nih. Best kan? hehehe while looking for your wedding dress, we can having fun with it too! Especially with your bff. Menarik kan? hehehe

    Fashion Show with Google from Robbin Waldemar on Vimeo.
    enjoy! (^____^)

    Thursday, February 3, 2011

    Paper doily roses

    Assalamualaikum... hai semua!
    Cik Mira suka benda yang boleh DIY. Apatah lagi yang sangat comel! hehehe
    tengok macam yang ini

    Cantek sangat!


    nak buat pun nampak macam senang. hehehe nanti Cik Mira nak try cari doily paper nih. Bolehla nak cuba-cuba mengasah bakat. hehe
    Credit images and more info, here: no-fuss paper roses

    25 random facts about me!

    Assalamualaikum! Hi hi hi... Hari ini penat sikit. mengantuk pun ada. huhu Perjalanan mengambil adik bongsu kesayangan Mama Cik Mira di Baling, Kedah tadi adalah sangat mencabar. Jalan dah la haluuuuuuuuiiiiihhhhhhhh (halus) hehe. Kereta pulak banyak. Aksi potong-memotong jugak adalah sukar kerana jalannya itu. hehe Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk sampai ke destinasi. Alhamdulillah berjaya jugak ambik adik kesayangan nih.
    Semalam dan tadi dapat tag yang mencabar minda dari Syuzana dan EB. Hi Syuzana dan Ebi! Salam kenal. Terima kasih sudi tag Cik Mira. Ini adalah pertama kali dapat tag. Layankan saja Cik Mira nih okay. Mungkin macam syok sendiri ka apa ka. hahaha

    25 random facts about Cik Mira!

    1. Anak sulung dalam keluarga. Tapi kalau tengok dari segi tingkah laku, rasanya kurang ke'sulung'an itu. hahahaha
    2. Penangite. And proud to be!!! hehehe dilahirkan, dibesarkan, ditadikakan, disekolahrendah&sekolahmenengahkan, dimatrikulasikan, diuniversitikan dan sehingga dipostgraduatekan di Pulau Pinang yang terchenta ini. Hopefully dikawenkan jugak di Pulau Pinang.
    3. Suka berbasikal! Kenangan paling best adalah berbasikal bersama Fifie, Nor & Edan ke sekolah. Zaman kegemilangan sekolah rendah dolu-dolu. Sekarang nih kalau nampak basikal, mesti rasa nak pi kayuh. haha
    4. Pemalu. Yes! Saye pemalu orangnyer. huhu
    5. Perahsia. tentang sesuatu yang tidak dapat dikongsikan. ~hehe mestila kan  =p
    6. Suka senyum. Cik Mira memiliki senyuman yang menawan! ~senyum... tak perlu kata apa-apa.. senyum! (^________^) giler perasan ya amat Cik Mira nih.
    7. Comot tapi ayu. hahaha macam mana tuh? Renung-renungkan.
    8. Pernah belajar Bahasa Arab selama 5 tahun di sekolah, tapi sampai sekarang masih tak mahir dan fasih. ~ mungkin kurang minat dan tak berlatih bersungguh-sungguh berbahasa arab. <----- Nak perbaiki!
    9. Mempunyai asas dalam Seni Silat Cekak. haaa... jangan buat main dengan Cik Mira! hehe padahal belajar setahun ja pun. Alhamdulillah ilmu tuh sangat berharga.
    10. Suka menonton televisyen. Dulu kat asrama sanggup curi-curi tengok Charmed kat bilik TV. hahaha waktu prep pulak tuh. ~adeh
    11. Pernah menjadi kipas susah mati drama korea, taiwan, thai, dan jepun pada suatu masa dahulu. Sekarang sudah busy, balik rumah dah penat. Tak sempat nak layan mamat-mamat hensem bermata sepet dah. huhu
    12. Peminat Pakcik House yang super kejam itu!
    13. Suka Britney Spears! hahahaha
    14. Pernah dibedah semasa berumur 8 tahun kerana appendicitis. Tragedi yang mengerikan bagi Cik Mira dan keluarga. Sebab asyik menangis ja. hahahaha. Sebelum operate menangis, lepas operate menangis, menangis..menangis..menangis. kesian mama mesti tension masa tuh. hoho
    15. Selalu rindu kat Abah. ~Al-Fatihah
    16. Cucu perempuan sulung dalam keluarga sebelah mama & abah.
    17. Seumur hidup, baru sekali menjejakkan kaki ke luar negara. Medan, Indonesia. Masa tuh umur 11 tahun.
    18. Soft spoken. Orang selalu tak dengar apa Cik Mira cakap. ~adeh. ini sangat tragis. kawan Cik Mira cakap, kalau Cik Mira berletiaq, suara jadi nyaring. hohoho
    19. Sangat menyayangi My CintaSayangIluvu, Mama, adik-adik & kawan-kawan rapat.
    20. Tak sabar nak habiskan master! hehe
    21. Sangat tidak suka orang yang buang sampah merata-rata. eeeeeee.. geram! sakit hati dan mata ini.
    22. Pernah menjadi ketua tingkatan selama 2 tahun berturut-turut. huhu Cik Mira dibuli sebenarnya. orang lain tak mau jadi.
    23. Lab saya bernombor 106. hahahahaha gila sangat random! huhu kering idea dah nih. ok 2 more to go.
    24. Saya ada 2 gigi arnab yang comel. hahaha nih dah parah... tak tau nak tulis apa. =p
    25. Dilahirkan pada bulan Oktober. Kebanyakan ciri-ciri dalam Rahsia Bulan Kelahiran dari Dr. Fadhilah Kamsah adalah hampir sama. hehe
    OK... siap! Penat macam menjawab soalan exam. wuuuuuuuu

    ~Salam perkenalan dari Cik Mira~

    Tuesday, February 1, 2011

    Terima kasih!

    TERIMA KASIH!

    Assalamualaikum! fuh fuh fuh... penat mempromosikan My Dreams Wedding. hehe nasib baik tak sampai masuk mimpi, " LIKE no.73!" hehe over la kan kalau sampai masuk mimpi.
    Alhamdulillah dah habis pun masa untuk mengundi. Sekarang nih cuma tunggu pengumuman pemenang dari pihak CST dan LRKL ja. hehehe Perasaan sekarang adalah tenang; tidak mendebarkan seperti masa mula-mula submit entry tuh. huhu. Nak menang tuh memang la nak menang, tak kan gigih buat entry tapi tak mau menang kan. hehe Tapi hati kecil ini mengatakan kemungkinan menang adalah sangat sengit (sengit ker??? hahaha). Sebab rasanya ada yang lagi hebat entry mereka. hehe Apa-apa pun Cik Mira sangat gumbira. hehe Tapi doakanlah jugak kejayaan Cik Mira okay hehe ~kalau ada rezeki, Alhamdulillah~
    1. Pengalaman merasai seperti famous blogger dalam masa sehari ja. hehe (Luahan perasaan boleh tengok sini)
    2. Mendapat keyakinan yang tinggi pada diri sendiri. Sebab pergi promote blog kat orang ramai. Especially bloggers yang disayangi sekalian.
    3. Mendapat ramai pengunjung ke blog. hehehe tersangat la terharu. Walaupun on Blogger since December 2007! hahahaha lama tuh. hehe rasa malu pun ada jugak. Yela kan blog nih dah bersawang-sawang simple ja  pun. hehe mungkin lepas nih akan bersemangat blogging pulak kan.
    4. Kawan-kawan dan keluarga banyak memberi sokongan. Terasa seperti mahu merealisasikan My Dreams Wedding nih secara DIY. huhu ~Semoga diberi kemudahan dan kemampuan.  
    TERIMA KASIH! 
    My CintaSayangIluvu, Keluarga, Kawan-kawan di Facebook, Bloggers dan jugak sesiapa yang telah menjayakan proses voting ini.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails