Thanks for your support!

Tuesday, January 11, 2011

My Dreams "Wedding"

Assalamualaikum! hello..hi semuaaaaaaaaa! (dengan gaya sopan, sebab nanti ramai yang nak baca nih.. haha)
Kawen? yeay nak kawen!!!!! eh, nanti nanti... Cik Mira tak kawen lagi. hehe.. baru berangan-angan nih. Jom kita layan~
(Play lagu kat sidebar untuk lebih feeling!)  ----------------------->



My Dreams "Wedding"

Konsep/Tema: 
Typical Malay Wedding yang Memorable, Comel, Ringkas, Simple, Jimat-Cermat, DIY (jika berkemampuan) dan yang paling penting, Bajet yang Sederhana. hehehe biasalah... Cik Mira nih budget-bride-to-be (^___^)

Warna Tema: 
Putih, Pink, Light Blue. warna yang lemah lembut gitu seperti Cik Mira haha

Tempat:
Rumah dan dewan yang berhawa dingin.  
Cuaca yang panas dan hujan sepanjang tahun di Malaysia menyukarkan untuk outdoor wedding. Yela kan, dalam nak senyum-senyum depan kamera, tengok-tengok dah berpeluh-peluh pengantin. Ataupun tetiba hujan pulak. Kesian kat tetamu. huhu. Oleh itu, majlis di dewan adalah pilihan yang terbaik. tambah pulak, lebih selesa dan ruang meletak kenderaan yang banyak.

Ok dah selesai pendahuluan. Baiklah semua, pakai seatbealt masing-masing. Cik Mira nak buat presentation nih. hehe. takut ada yang terpengsan pulak bila tengok perkahwinan impian Cik Mira. hahaha
Mula-mula kita cari dulu satu picture folder nih. Haaaa, dah jumpa!
Taraaaaaaa!

semangat tuh! siap dah asingkan ikut kumpulan masing-masing
Kewujudan folder ini sudah lama. Cuma tiada siapa lagi yang pernah tengok. Wow! Jadi di sini Cik Mira nak berkongsi apa yang ada kat dalam tuh.


Kad
kad ala postcard
 Ringkas. Hanya sekeping kad!



Baju
majlis akad nikad
Baju kurung moden berwarna putih dengan sulam bunga berwarna pink dan light blue seperti gambar atas kiri. Kain beralun seperti gambar atas kanan. hehehe kasut pulak yang ada seketui rama-rama kat hujung tuh. oh, sangat comel! Tidak dilupakan juga a pink hand bouquet.




majlis resepsi
Dress putih yang meleret sikit ja (tak perlu terlalu panjang sapu lantai) dengan details manik/batu berwarna pink dan light blue kat hujung lengan, bawah baju dan tudung pun ada details yang sama. Kasut, perlulah ada rama-rama jugak! hehe cuma warnanya biru pulak yer. Hand bouquet, reuse dari hari akad nikah.



untuk My CintaSayangIluvu
My CintaSayangIluvu tentulah akan segak bergaya dengan baju melayu putih yang bersulam kat lengan dan depan baju serta bersongkok hitam pada hari pernikahan. Pada hari resepsi pula suit hitam menjadi pilihan My CintaSayangIluvu. Tampak macho katanya hehehe (^__^)



Cincin
cincin yang akan dipakai setiap hari mestilah simple dan comei



Pelamin
mini pelamin untuk majlis akad nikah

kat dewan
Simple dengan bantal-bantal comels yang banyak sebagai props untuk pelamin. Jadi tak perlu la banyak sangat bunga-bunga cinta. hehe. Lagipun nanti bantal tuh boleh digunakan semula kat rumah. Ha, kan dah jimat tuh! guna semula. hehe. Sebenarnya Cik Mira nih akan rasa ralat sangat kalau guna bunga segar yang cun itu sebagai hiasan. huhu.. sayang pulak bunga tuh dapat guna sekejap ja. hehe jadi tukar, kita guna bantal comels. yeay! Kerusi pelamin pulak nak beli sendiri. Kerusi yang ala bench/cleopatra tuh. Baru boleh duduk dekat-dekat pegang tangan kat pelamin. hikhikhik gatai noooo Kerusi tuh pulak nanti boleh letak kat rumah. Jadi benda yang ada sentimental value. Boleh cerita kat anak-anak nanti; "Kat kerusi nih dulu la Mummy dan Daddy kamu disatukan". Wah, tak boleh blah sungguh jiwangs Cik Mira nih yer. hehe


Hantaran
pinggan putih digunakan sebagai dulang hantaran
Guna saja koleksi pinggan mangkuk di rumah. Kalau tak ada, baru sewa/beli. Kita perlulah berusaha sedaya upaya untuk menjimatkan kos! demi masa hadapan yang gemilang.



Hall Entrance dan Photo Booth


Kat depan dewan akan ada board untuk digantung gambar-gambar kawen ahli keluarga. Contohnya gambar kawen Tok dan Tokwan serta Mama dan Abah. Ha, sambil datang kenduri kawen nih, bolehlah jugak kita mengimbas kembali kenangan dulu-dulu kan. Mesti menarik!
Satu sudut di dalam dewan pula akan dijadikan Photo Booth ala White Studio. Wow! hehehe Cik Mira tau, kawan-kawan Cik Mira nih suka bergambar. Lagipun kenduri kawen selalunya menjadi tempat mini reunion kawan-kawan. Jadi sudut ini haruslah ada. Setiap tetamu juga digalakkan untuk bergambar kat sini, supaya dapat dijadikan kenang-kenangan untuk pengantin dan keluarga. Yer la kan, kadang-kadang tuh, sedara yang jauh bukan selalu kita boleh jumpa. Jadi mengambil gambar adalah diharuskan ok!

contoh props yang boleh digunakan


Hiasan Meja
Epipremnum aureum
Kat tengah meja makan pulak diletakkan pokok nih. Warna water beads yang digunakan mestilah mengikut tema. hehe Nanti dah habis majlis, boleh bawa balik rumah atau bagi kat orang. Cik Mira sukaaaaaa...



Cenderahati buat tetamu
tengok kaktus, ingat kat Cik Mira! baik hati Cik Mira nih kan? haha
Tetamu akan diberi sebuah Eco Bag yang dalam tuh ada lolipop dan pokok kaktus! lolipop tuh buat pemanis mulut. hehe. kaktus pulak untuk ditanam yer. ala senang ja nak dijaga. Budak-budak pun boleh. Panduan penjagaan pokok akan turut disertakan. Minat menanam pokok juga boleh dipupuk kepada generasi muda tau! Walaupun hanya dengan seketui pokok kaktus yang comel. (^__^) ~Berkenduri sambil berkempen. Wah...wah...wah!



Tarikh
hehehe... tarikh yang diimpikan untuk kawen adalah pada 11 November 2011. Amboi, 111111! (^__^) tarikh nih bukannya sebab cantik dipandang/diingat saja. Tarikh nih jugak bersempena hari lahir My CintaSayangIluvu. Jadi kalau boleh nak mengabadikan sesuatu yang sangat istimewa pada tarikh tersebut. hehehe. ~Semoga dipermudahkan. Kita hanya merancang~

Ok selesai sudah presentation My Dreams "Wedding" yang Memorable, Comel, Ringkas, Simple, Jimat-Cermat, DIY (jika berkemampuan) dan yang paling penting, Bajet yang Sederhana! Sememangnya Impian Perkahwinan Cik Mira tidaklah sehebat kisah dari kayangan filem atau novel, tapi bagi Cik Mira cukuplah dapat menggembirakan insan-insan yang disayangi dan para tetamu. Ececeh... terus rasa lemah lembut ja Cik Mira nih kan? hehe. Rasa nak cubit tak? hahaha
Eh, nanti dulu! Tapi kan hari bahagia ini haruslah dirakamkan agar boleh dijadikan kenangan terindah. Pilihan utama Cik Mira mestilah dari CST Production. Mereka ini memang TERBAIK! Sangat best dapat layan hasil-hasil kerja dari CST nih. LYNDARAHIM KUALA LUMPUR pula adalah nama baru yang Cik Mira kenal. Adeh, terasa seperti katak di bawah tempurung. Sebelum nih macam tak pernah tahu pun. Padahal baju/dress cantek-cantek yang Cik Mira tengok adalah hasil kerja LRKL. Laaaa... huhuhu. Tapi takpa, sekarang dah kenal. Sebelum nih tak kenal, dah cinta. Sekarang, dah kenal, jatuh terduduk terbaring terus sebab jatuh cinta. hehehe Cik Mira sukaaaaaa!

Di sini juga Cik Mira nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada CST dan LRKL kerana mengadakan contest What's Hot is Gettin' Hotter yang menjanjikan hadiah yang menarik. hehehe sebab hadiah yang tersangat menarik itulah Cik Mira nih gigih mengarang entry kat blog. 1st time jugak menyertai contest di alam cyber.
Kawan-kawan yang nak tau jugak apa hadiah yang menarik tuh, atau nak join contest nih boleh klik kat bawah ni. Ok (^__^)




Terima kasih sudi membaca Ceritera Cik Mira! Nanti vote untuk Cik Mira yang lemah lembut nih tau! hehe

UPDATE 25 January 2011: untuk vote, klik pada link di bawah dan LIKE entry no.73


* tak perlu LIKE page penganjur pun. Siapa yang vote pun Cik Mira tak dapat tau. hehehe Ha... senang ja kan? Jadi kawan kawan hanya perlu klik Vote/LIKE pada entry no.73 ok . TERIMA KASIH!
* Voting bermula sekarang sehingga 11.59pm 31 January 2011

Notes to myself and My CintaSayangIluvu: 
Persiapan diri sendiri dengan ilmu dan persediaan diri dan pasangan untuk menuju ke alam perkahwinan juga penting tau! Malah lebih penting dari majlis perkahwinan itu. Semoga kita dipermudahkan segala urusan perkahwinan ini. ~Amin

64 comments:

MiYOKO SuKi said...

comeellll....penuh ngan gambo yg warna warni..

Cik Puan Mira said...

THANK YOU! hehehe

IeysHa said...

wooowww...!!!
sweet,comey n ringkas...
warna yg digunakan amat ceria..x la nant tetamu yg hadir rase nk balik cepat...
gud luck for the contest..

Cik Puan Mira said...

terima kasih SITI NURSHAHIDAH!
rasa berdebar-debar nih. macam nak masuk exam ja, bila masuk contest nih hehe

IeysHa said...

bace doa ye..hehehehehe..

sarahhernyzar said...

nice wedding dreams and wish it will become true.. and you are the beautiful princess on your big day.. with a bedazzle sweet dress.. XOXO~!

Cik Puan Mira said...

terima kasih SITI NURSHAHIDAH!
& h e r n y z a r, all the best to you too!

IeysHa said...

tq..

Cik Puan Mira said...

u vote i tau nanti hehehe =)

skieyn said...

bagus2.. memang sayang alam betul.. eco bag tu nanti dyeorang boleh guna bawak g tesco kan ? kurangkan penggunaan beg plastik.. good luck dear

"What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Cik Puan Mira said...

hehe.. thank you!
hm, budak bio macam cik mira nih memang 'mesra alam'hehe
all the best to you too!

Lyana MK said...

good luck dear!!

http://lyanamk.blogspot.com/2011/01/panas-cam-cili-majlis-impian-saya.html

Cik Puan Mira said...

thank you! all the best to you too!!

anis zul said...

all da best!
http://akhyaranis.blogspot.com/2011/01/contest-whats-hot-is-gettin-hotter-by.html#comments

Cik Puan Mira said...

thank you akhyaranis!

E.L.R.I.Y.N.A said...

i loike ur cactus as doorgift ...nk dtg la ur wedding t dpt cactus ... hehe ... im a cactue lover ...

Cik Puan Mira said...

thank you a.c.h.i.e!

Iffah Hamed said...

good luck dear..;) thanks for dropping by my page..huhu..

http://iffahamed.blogspot.com/2011/01/contest-whats-hot-is-gettin-hotter-by.html

Cik Puan Mira said...

thank you!

Cik Puan Mira said...

thank you sery suryani!
all the best to you too!

Unknown said...

phuiyooo best tu kalau dpt cenderahati camtu... harap jadi kenyataan lah yer!!! tp kan...hehehe... bilik & katil pengantin cmne plak??? itu yg penting tu!! ahaks

Cik Puan Mira said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

gudluck ye. :)

Cikjan said...

sudah vote.. vote jugak untuk cikjan..

first like http://www.facebook.com/butikpinkku

second like http://www.facebook.com/photo.php?fbid=197415426939657&set=a.193005884047278.54930.137186226295911

tq.. ;)

Cik Puan Mira said...

terima kasih ika & cikjan! =)

Mugmerah said...

wahh.. cantiknya baju2 dan kasut2 nya.. mugmerah suka.. :D

Unknown said...

hai,da vote yours...please vote my entry ya...no 162 at http://www.cstproduction.blogspot.com/ tq :)

Cik Puan Mira said...

terima kasih mugmerah & aimie!

Ain Tralala said...

Cantik...menawan...gempak 2... jgn lupa hantar kad jemputan 6ti kahwin yer... :)

~ NANA ~ said...

gud luck :)

Cik Puan Mira said...

terima kasih ain & heart~

Unknown said...

I read yours before voting started.
Now I am here again, supporting fellow participants. Voted for you :)

Hope to see you reading mine (#40) and like them as well :) http://cstproduction.blogspot.com/

Unknown said...

be.ra.ngan.

amira afiqah said...

good luck :)

Cik Puan Mira said...

terima kasih!!!! =)

zati embong said...

alamak,terpegunnya..kan best bila kita pakai bju pengantin 2,kita akan terpegun sendiri tgk kita dlm cermin!even namany syOk sendiri tp yg penting rasa terpegun 2 kena ada.hihi.cant wait la!

Like mira suda!n follow mira sekali la alang2..

Mama Zharfan said...

me dtg utk vote. good luck yer

jom join Heartbeat!

Mama Zharfan said...

me vote no 163 :)

Mama Zharfan said...

jom join Heartbeat!

Unknown said...

dh like dh td..

Liza @ Adzriel AB said...

wah...memang kreatif cik mira. moga Allah makbulkan impian ni. amin

Cik Puan Mira said...

terima kasih semua yang sudi vote!!!

Nuridayu said...

wah..all da best!gud luck dear... :)

IxoR@ said...

woowww what the good preparation dear...

pray for u....

amin.

Cik Puan Mira said...

terima kasih Nuridayu & IxoR@

Taufik's Daughter said...

wahhhh~ so so so sweet... ni yang makin kuat rase nak kawen cepat. hahahaha!!

Hanna said...

hoohoho..gd luck!!! semoga dipermudahkan segala urusan =))

Cik Puan Mira said...

terima kasih, misnurr & bareessence!!!

cikcahya said...

wahhh. cntik yew. xsbar lak nak kaweh. hehe ;D
sy sudah like ;)

aienna said...

wowww....
dahsya22...
dah plan awal2 dah...
besttnyeerrr

Cik Puan Mira said...

terima kasih ♥cik cahya♥ & aienna!! =) =)

ayin~weeweet said...

i like :) sy vote ye hehehe

Unknown said...

wee~ semoga tercapai impian tu..amin..
like dah :)

Cik Puan Mira said...

ayin~weeweet & ummu shazwani, terima kasih banyak-banyak!

Anonymous said...

may ur dream comes true dear!

tiba2 macam nak kawin lagi sekalik..haha!

Unknown said...

gudluck !!!
=)

Cik Puan Mira said...

terima kasih makdara TERdiva & Finaz Jaafar!

fara feroza said...

hehe..best2..semoga bahagia larh..:)

DDFABULOUS.COM said...

sangat suka idea tu...

adventure mama said...

wahh..cantikkk..hehe...vote for u k..:)

Cik Puan Mira said...

terima kasih fara feroza, dD Fabulous | sitekateki & iedchan!!!!

Aty Fared said...

waaa...!!! menarik... :) apepon.. i doakan impian u tercapai key..insyaallah... :)

Cik Puan Mira said...

terima kasih aTy _faRed~!

ejulz said...

perghh.. tinggi cita2.. dah vote.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails