Thanks for your support!

Tuesday, January 11, 2011

My Dreams "Wedding"

Assalamualaikum! hello..hi semuaaaaaaaaa! (dengan gaya sopan, sebab nanti ramai yang nak baca nih.. haha)
Kawen? yeay nak kawen!!!!! eh, nanti nanti... Cik Mira tak kawen lagi. hehe.. baru berangan-angan nih. Jom kita layan~
(Play lagu kat sidebar untuk lebih feeling!)  ----------------------->



My Dreams "Wedding"

Konsep/Tema: 
Typical Malay Wedding yang Memorable, Comel, Ringkas, Simple, Jimat-Cermat, DIY (jika berkemampuan) dan yang paling penting, Bajet yang Sederhana. hehehe biasalah... Cik Mira nih budget-bride-to-be (^___^)

Warna Tema: 
Putih, Pink, Light Blue. warna yang lemah lembut gitu seperti Cik Mira haha

Tempat:
Rumah dan dewan yang berhawa dingin.  
Cuaca yang panas dan hujan sepanjang tahun di Malaysia menyukarkan untuk outdoor wedding. Yela kan, dalam nak senyum-senyum depan kamera, tengok-tengok dah berpeluh-peluh pengantin. Ataupun tetiba hujan pulak. Kesian kat tetamu. huhu. Oleh itu, majlis di dewan adalah pilihan yang terbaik. tambah pulak, lebih selesa dan ruang meletak kenderaan yang banyak.

Ok dah selesai pendahuluan. Baiklah semua, pakai seatbealt masing-masing. Cik Mira nak buat presentation nih. hehe. takut ada yang terpengsan pulak bila tengok perkahwinan impian Cik Mira. hahaha
Mula-mula kita cari dulu satu picture folder nih. Haaaa, dah jumpa!
Taraaaaaaa!

semangat tuh! siap dah asingkan ikut kumpulan masing-masing
Kewujudan folder ini sudah lama. Cuma tiada siapa lagi yang pernah tengok. Wow! Jadi di sini Cik Mira nak berkongsi apa yang ada kat dalam tuh.


Kad
kad ala postcard
 Ringkas. Hanya sekeping kad!



Baju
majlis akad nikad
Baju kurung moden berwarna putih dengan sulam bunga berwarna pink dan light blue seperti gambar atas kiri. Kain beralun seperti gambar atas kanan. hehehe kasut pulak yang ada seketui rama-rama kat hujung tuh. oh, sangat comel! Tidak dilupakan juga a pink hand bouquet.




majlis resepsi
Dress putih yang meleret sikit ja (tak perlu terlalu panjang sapu lantai) dengan details manik/batu berwarna pink dan light blue kat hujung lengan, bawah baju dan tudung pun ada details yang sama. Kasut, perlulah ada rama-rama jugak! hehe cuma warnanya biru pulak yer. Hand bouquet, reuse dari hari akad nikah.



untuk My CintaSayangIluvu
My CintaSayangIluvu tentulah akan segak bergaya dengan baju melayu putih yang bersulam kat lengan dan depan baju serta bersongkok hitam pada hari pernikahan. Pada hari resepsi pula suit hitam menjadi pilihan My CintaSayangIluvu. Tampak macho katanya hehehe (^__^)



Cincin
cincin yang akan dipakai setiap hari mestilah simple dan comei



Pelamin
mini pelamin untuk majlis akad nikah

kat dewan
Simple dengan bantal-bantal comels yang banyak sebagai props untuk pelamin. Jadi tak perlu la banyak sangat bunga-bunga cinta. hehe. Lagipun nanti bantal tuh boleh digunakan semula kat rumah. Ha, kan dah jimat tuh! guna semula. hehe. Sebenarnya Cik Mira nih akan rasa ralat sangat kalau guna bunga segar yang cun itu sebagai hiasan. huhu.. sayang pulak bunga tuh dapat guna sekejap ja. hehe jadi tukar, kita guna bantal comels. yeay! Kerusi pelamin pulak nak beli sendiri. Kerusi yang ala bench/cleopatra tuh. Baru boleh duduk dekat-dekat pegang tangan kat pelamin. hikhikhik gatai noooo Kerusi tuh pulak nanti boleh letak kat rumah. Jadi benda yang ada sentimental value. Boleh cerita kat anak-anak nanti; "Kat kerusi nih dulu la Mummy dan Daddy kamu disatukan". Wah, tak boleh blah sungguh jiwangs Cik Mira nih yer. hehe


Hantaran
pinggan putih digunakan sebagai dulang hantaran
Guna saja koleksi pinggan mangkuk di rumah. Kalau tak ada, baru sewa/beli. Kita perlulah berusaha sedaya upaya untuk menjimatkan kos! demi masa hadapan yang gemilang.



Hall Entrance dan Photo Booth


Kat depan dewan akan ada board untuk digantung gambar-gambar kawen ahli keluarga. Contohnya gambar kawen Tok dan Tokwan serta Mama dan Abah. Ha, sambil datang kenduri kawen nih, bolehlah jugak kita mengimbas kembali kenangan dulu-dulu kan. Mesti menarik!
Satu sudut di dalam dewan pula akan dijadikan Photo Booth ala White Studio. Wow! hehehe Cik Mira tau, kawan-kawan Cik Mira nih suka bergambar. Lagipun kenduri kawen selalunya menjadi tempat mini reunion kawan-kawan. Jadi sudut ini haruslah ada. Setiap tetamu juga digalakkan untuk bergambar kat sini, supaya dapat dijadikan kenang-kenangan untuk pengantin dan keluarga. Yer la kan, kadang-kadang tuh, sedara yang jauh bukan selalu kita boleh jumpa. Jadi mengambil gambar adalah diharuskan ok!

contoh props yang boleh digunakan


Hiasan Meja
Epipremnum aureum
Kat tengah meja makan pulak diletakkan pokok nih. Warna water beads yang digunakan mestilah mengikut tema. hehe Nanti dah habis majlis, boleh bawa balik rumah atau bagi kat orang. Cik Mira sukaaaaaa...



Cenderahati buat tetamu
tengok kaktus, ingat kat Cik Mira! baik hati Cik Mira nih kan? haha
Tetamu akan diberi sebuah Eco Bag yang dalam tuh ada lolipop dan pokok kaktus! lolipop tuh buat pemanis mulut. hehe. kaktus pulak untuk ditanam yer. ala senang ja nak dijaga. Budak-budak pun boleh. Panduan penjagaan pokok akan turut disertakan. Minat menanam pokok juga boleh dipupuk kepada generasi muda tau! Walaupun hanya dengan seketui pokok kaktus yang comel. (^__^) ~Berkenduri sambil berkempen. Wah...wah...wah!



Tarikh
hehehe... tarikh yang diimpikan untuk kawen adalah pada 11 November 2011. Amboi, 111111! (^__^) tarikh nih bukannya sebab cantik dipandang/diingat saja. Tarikh nih jugak bersempena hari lahir My CintaSayangIluvu. Jadi kalau boleh nak mengabadikan sesuatu yang sangat istimewa pada tarikh tersebut. hehehe. ~Semoga dipermudahkan. Kita hanya merancang~

Ok selesai sudah presentation My Dreams "Wedding" yang Memorable, Comel, Ringkas, Simple, Jimat-Cermat, DIY (jika berkemampuan) dan yang paling penting, Bajet yang Sederhana! Sememangnya Impian Perkahwinan Cik Mira tidaklah sehebat kisah dari kayangan filem atau novel, tapi bagi Cik Mira cukuplah dapat menggembirakan insan-insan yang disayangi dan para tetamu. Ececeh... terus rasa lemah lembut ja Cik Mira nih kan? hehe. Rasa nak cubit tak? hahaha
Eh, nanti dulu! Tapi kan hari bahagia ini haruslah dirakamkan agar boleh dijadikan kenangan terindah. Pilihan utama Cik Mira mestilah dari CST Production. Mereka ini memang TERBAIK! Sangat best dapat layan hasil-hasil kerja dari CST nih. LYNDARAHIM KUALA LUMPUR pula adalah nama baru yang Cik Mira kenal. Adeh, terasa seperti katak di bawah tempurung. Sebelum nih macam tak pernah tahu pun. Padahal baju/dress cantek-cantek yang Cik Mira tengok adalah hasil kerja LRKL. Laaaa... huhuhu. Tapi takpa, sekarang dah kenal. Sebelum nih tak kenal, dah cinta. Sekarang, dah kenal, jatuh terduduk terbaring terus sebab jatuh cinta. hehehe Cik Mira sukaaaaaa!

Di sini juga Cik Mira nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada CST dan LRKL kerana mengadakan contest What's Hot is Gettin' Hotter yang menjanjikan hadiah yang menarik. hehehe sebab hadiah yang tersangat menarik itulah Cik Mira nih gigih mengarang entry kat blog. 1st time jugak menyertai contest di alam cyber.
Kawan-kawan yang nak tau jugak apa hadiah yang menarik tuh, atau nak join contest nih boleh klik kat bawah ni. Ok (^__^)




Terima kasih sudi membaca Ceritera Cik Mira! Nanti vote untuk Cik Mira yang lemah lembut nih tau! hehe

UPDATE 25 January 2011: untuk vote, klik pada link di bawah dan LIKE entry no.73


* tak perlu LIKE page penganjur pun. Siapa yang vote pun Cik Mira tak dapat tau. hehehe Ha... senang ja kan? Jadi kawan kawan hanya perlu klik Vote/LIKE pada entry no.73 ok . TERIMA KASIH!
* Voting bermula sekarang sehingga 11.59pm 31 January 2011

Notes to myself and My CintaSayangIluvu: 
Persiapan diri sendiri dengan ilmu dan persediaan diri dan pasangan untuk menuju ke alam perkahwinan juga penting tau! Malah lebih penting dari majlis perkahwinan itu. Semoga kita dipermudahkan segala urusan perkahwinan ini. ~Amin

Thursday, January 6, 2011

Contest

Assalamualaikum!
hari nih cik mira seharian kat plant house. kelmarin dah la kunci keta bermasalah.. semalam pulak rumah telah dimasuki pencuri ~oh. dugaan!
tadi tengok ada contest menarik dari CST. rasa macam nak join. hehehe... kita nantikan macam mana nanti.
hadiahnya menarik tuh! ~teruja cik mira
pastu ada contest lagi satu pulak nih. contest gambar bergambar hehehe. yang nih tak berapa berminat sangat nak join. cuma rasa nak buat entry kat blog ja nanti. hehehe. yang nih pun kena nantikan jugak. adakah ia akan benar-benar berlaku hehe =)

THEMES

Day 1 - A picture of yourself with fifteen facts (you don't have to reveal your face)

Day 2 - A picture of you and the person you have been closest with the longest

Day 3 - A picture of the cast from your favorite show

Day 4 - A picture of something you'd like to do again

Day 5 - A picture of something you love

Day 6 - A picture that makes you laugh

Day 7 - A picture of the person you do the silliest things with

Day 8 - A picture of your hero / knight / heroine

Day 9 - A picture of you and the person who has gotten you through the most

Day 10 - A picture of your most treasured item

Day 11 - A picture of something you hate

Day 12 - A picture of your favorite memory

Day 13 - A picture of your favorite band or artist

Day 14- A picture of someone you could never imagine your life without

Day 15 - A picture of something you want to do before you die

Day 16 - A picture of someone who inspires you

Day 17 - A picture of something that has made a huge impact on your life recently

Day 18 - A picture of your biggest insecurity

Day 19 - A picture and a letter (a short entry to explain why you've chosen that particular photo)

Day 20 - A picture of somewhere you'd love to travel

Day 21 - A picture of something you wish you could forget

Day 22 - A picture of something you wish you were better at

Day 23 - A picture of your favorite book

Day 24 - A picture of something you wish you could change

Day 25 - A picture of your favorite day

Day 26 - A picture of something that means a lot to you

Day 27 - A picture of yourself and a family member

Day 28- A picture of something you're afraid of

Day 29 - A picture that can always make you smile

Day 30 - A picture of someone you miss

ha, macam mana? 30 hari tuh. hehe menarik kan? nanti nak cubala. tapi untuk syok sendiri jela. huhu

Saturday, January 1, 2011

CC BCC?

Assalamualaikum!
ha apakah itu? CC dan BCC???? huhu.. cik mira tersangatlah jakun. tadi baru tergerak hati nak google apa itu CC dan BCC tuh. ala, yang selalu ada kat email tuh. ha.. cik mira baru tahu tadi. hahaha kesian kan?
ok kepada yang tak tau jugak, hehe.. kita sekapal la.. hoho

CC = Carbon Copy.
maksudnya, apa yang kita email kepada 'To', akan turut di send kepada orang yang kita 'CC'. dan juga, semua orang akan dapat tahu siapa yang telah di send kan email. sama ada 'To' dan 'CC'. maksudnya kedua-dua pihak boleh tau la.


BCC = Blind carbon Copy
maksudnya, identiti orang yang dalam BCC tidak akan diketahui oleh 'To' dan juga 'CC'. ha... menarik kan?
jadi kiranya ada pembaca email rahsia la.. hehehe
boleh tengok contohnya:


maafkanlah kejakunan saya ini. ~sekian

Happy New Year!
Semoga impian pada tahun 2011 ini tercapai
~amin

Thursday, December 30, 2010

Vacation (part 4)

Assalamualaikum... bersiaran kembali dari Sungai Batu yang baru ada ayaq tadi pagi.. hehehe
ok mari..mari.. Cik Mira nak bercerita lagi hehehe. (ini adalah sambungan daripada part 1, part 2 dan part 3)

Setelah selamat tido di bilik yang sangat selesa seperti namanya Selesa Resort, kami pun bersemangat bangun awai.. nak pi breakfast.
tengok-tengok rupanya ada kami ja tetamu aka guests kat situ... hahaha
rasa macam orang kaya beb! breakfast depan swimming pool! dengan suasana pagi yang nyaman jer.. best sangat-sangat
si comel sedang berehat... sian dia naik bukit, turun bukit, naik bukit.. hahaha

alhamdulillah

nasib cik mira nih tak tau berenang.. hehe.. kalu tak......

ambik gambar buat kenangan kat sini hehe

bye bye bilik best! kami nak pi jalan-jalan pulak

Seterusnya.. Cik Cbah pun membawa Cik Mira berjalan-jalan.. hehehe pi bukit tinggi tuh la.
jalannya berpusing-pusing jugak la.. eh, haa... sebelum tuh kena bayar tiket dulu.. adeh, mula-mula tuh ingatkan free ja.. rupanya tidak.... wuuuu
setelah Si Comel tuh berpusing-pusing naik bukit, akhirnya kami sampai!

Si Comel yang gagah perkasa!

Masa nih bawa camera biasa ja.. Cik Cbah pulak ambik gambar guna handphone ja.. masa nih dia tak ada lagi D60 hehe kalau ada mesti lagi kebaabooomm gambar kita kan Cik Naseebah?? hehe

sebagai pengambil gambar tegar, apa saja mesti nak ambil gambar... jadi banyak sangat gambar yang ada.. lagi pun, tempat ni memang sangat cantik. kalau boleh buat videoklip jiwang-jiwang pun sesuai jugak hehe.

bunge cantek berwarna merah jambooo

gambar wajib!
Masa pergi tempat nih jugak, Cik Mira masih lagi menjalankan kajian tentang Bryophytes (ala menda lumut-lumut nih la). wow weee.. jadi perasannya adalah sangat excited.. teruja beb! tengok tempat yang penuh dengan bryophytes nih.. hehe. tempat nih memang setanding dengan Mossy Forest kat Cameron Highland tuh. tapi secara peribadi, Cik Mira suka lagi tempat nih.

nyaman jer

suka sangat! kalau ada nih kat entrance umah mesti best

rasanya  yang nih adik beradik fissiden kot hehe

pokok | akar | batu | lumut

motif? haha ntah la.. saja ja amik gambar batu nih

liverworts

pintu gerbang pun comei.. alolololo

batu-batu cinta (apekah? haha)

ikan yang seperti kelaparan

heart this!

kami yang comels

tengok aje.. hehe

Marchantia! comei gila.. setopok dia kat situ hehe =)

nice!

arigato! eh, apa yang arigato nih hahaha.. layan jela~

sini jugak ada spa
tapi kami tak sempat la nak berspa pulak kan.. hehe. kami jalan-jalan ja. ambik gambar banyak-banyak.

cantik cantik cantik!

jalan punya jalan, kami dah sampai kat sini pulak

rasa macam nak makan ja.. hahaha

(^____^)

bunga pelik tapi cantek!

ini T A N G G A .hahaha

tammat

ok lepas nih, kami terus naik private jet, pi French.. haha.. tipu! kami pi sini ja.. Colmar Tropicale, Berjaya Hills. tak oversea pun. bajet ja. hehe

macam ada kat set filem pulak.. hahaha

rasanya nih seperti gambar wajib kalau mai sini

kedai kat bawah. atas tuh bilik hotel

kat sini semua bunga sangat la cantek! suka (^____^)
antara colan-colannya adalah:

pink

yellow

blue
*bunga nih tak tau nama, jadi letak nama warna jela.. hahaha

dah penat kami melilau-berpoya-poya-gedik-gedik-amik-gambar, kami pun sudah mau pulang..
ya, pulang ke dunia realiti masing-masing kerana sebenarnya ini adalah percutian rahsia pada 2 tahun yang lalu. hehehe sekarang sudah tiada rahsia lagi di antara kita kan? hehehe jadi inilah yang sempat untuk dikongsi setelah sekian lama kata nak update kan? tak boleh blah sungguh Cik Mira nih kan? berjanji bukan main lagi.. huhu.
ok sekarang sudah tertunailah janji itu. fuh! lega...

ok. bye bye. kami nak balik penang dah


REALITI PADA HARI INI:
  • Cik Mira seorang pelajar postgraduate dan sekarang sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada research project beliau. mahu menghabiskannya secepat yang mungkin.
  • Cik Naseebah seorang guru di sebuah sekolah menengah di utara tanah airku, Malaysia. banyak kisahnya yang memberi inspirasi kepada Cik Mira =) I love you!
~Semoga dipermudahkan~

*** sebenarnya gambar adalah sangat banyak. tak tau yang mana nak pilih.. ini saja rasanya yang termampu nak dikongsi. kalau tengok banyak-banyak, nanti terkena virus ChentaCikCbah plak.. hahahaha
(kenapa ChentaCikCbah? sebab sorang tuh dah terkena virus ChentaCikMira... hahaha... yang boleh kena virus Chenta nih, sorang ja tau hehehe)
Jadi Cik Cbah, adakah anda bersedia? awat la yang dok merapu sangat nih Cik Mira ooooi! hahaha

~Sekian

Saturday, December 25, 2010

Vacation (part 3)

Assalamualaikum...
Ok kita bersambung lagi dengan Part 3.. hehe. boleh tengok dengan klik Part 1 dan Part 2 untuk yang sebelum nih.

19 November 2008
Masa nih rasanya dah petang kot.. tak ingat pulak.
Setelah Si Comel Cbah sampai dengan selamatnya di jetty feri. Kami pun meneruskan perjalanan.. Jeng..jeng..jeng!
kami nak pi Bukit Tinggi.. fuyooo... hehehe
Masa nih macam yakin ja... peta dah google.. peta malaysia pun dah beli.. haha
kami pun memulakanlah perjalanan menuju ke Bukit Tinggi.

masa nih masih seronok.. sebab pemandangan cantek!
lori adalah pemandangan biasa.. banyak sangat!
ha inilah peta yang telah di save dalam laptop Cik Cbah
mengikut peta itu.. macam senang ja.. tapi ntah apa jalan yang kami lalu.. hehehe
sungguh mencabar perjalanan ini..

tengok tengok ada nih! haha
Tapi best jugak.. 1st time nih Cik Mira tengok menara condong kat Teluk Intan nih.. hehe
cumanya kami tak la buat lawatan kat situ.. lalu ja.. ambik gambaq! hehe
ok..ok kemudian kami meneruskan perjalanan lagi

eh, lori lagi.. hehe
Lepas daripada nih, kami pun dapat jumpa highway.
masuk highway.. rasa seronok dah.. huhu..
drebar kereta pun telah bertukar servis.. Cik Mira pulak yang memandu Si Comel itu.

pastu, keluar highway balik.. kami masuk jalan biasa.. menuju ke Genting rupanya.. masa nih macam cuak jugak.. hoho
sebab dok pikiaq, eh.. silap ka peta tuh.. huhu

rasa macam nak singgah Genting ja.. haha

Kemudian, Cbah pun call Selesa Resort tuh.. tanya direction.
Ntah apa yang berlaku, mungkin salah faham dari kedua-dua belah pihak..
Staff Selesa Resort kata kami dah silap jalan.. kena turun balik..
huhu.. kami nih pulak paham, turun semula ke asal kami naik bukit genting nih..
padahal sebenar-benarnya, kena teruskan perjalanan..then turun, baru jumpa Selesa Resort tuh..
huhu..
kami pun turun la.. melilau kat bawah tuh... tanya direction kat satu kedai nih.
dia kata.. yg kami naik bukit sampai ke genting tuh betui dah.. cumanya nanti teruskan lagi perjalanan dan kita akan turun bukit pulak... pastu jumpa roundabout masuk balik highway.. ha tu diah.. lagu tuh ka??? kesian kami...
kesian kan kami.. naik bukit genting tuh 2x beb!
dah la.. masa tuh nak malam dah.. kami hanya mampu berdoa supaya perjalanan kami selamat.
Ok, pastu kami ikut la arahan orang tadi yang kami tanya direction tuh..
pastu.. dah sampai genting tuh.. untuk tidak menyesatkan lagi kami yang sedia tersesat nih.. Cik Mira pun bertanya pula kepada abang polis kat mana ntah.. huhu tempat tuh macam ala ala rumah guard la.. untuk orang turun naik genting tuh.
setelah mendapat direction, kami pun meneruskan perjalanan. Cara abang/pakcik polis tuh bagitau, macam dekat ja nak pi Selesa Resort tuh.. padahal sebenarnya jauh la jugak.
dan istilah 'dekat' nih adalah berbeza bagi orang penang dan orang yang dok kat negeri yang besar-besar tuh.. hahaha kesian kami
ok bila dah turun tuh.. dalam keadaan hujan lebat dan gelap.. wuuuwuuu
pastu tersesat lagi.. Cik Mira tersilap exit daaa... pi masuk highway nak ke gombak ka apa ntah.. hahaha
biasalah, bila dah malam dan hujan lebat.. tak dapat nak pasti jalan yang mana yang betui.
jadi masa nih, Cik Mira dah rasa give up dah.. huhu nih satu perangai Cik Mira yang sukar nak dikikis.. haha
Cik Mira mudah terkecewa.. cepat sangat terkuciwa.. huhu
dalam dok sedih-sedih dengan tragedy menimpa kami nih... boleh pulak Cik Mira nih terlelap.. ish ish.. nasib baik tiada perkara buruk yang berlaku pada kami.. Alhamdulillah~
Ok, lepas dah tersedar dari terlelap tuh, terus panik, dan menumpukan perhatian.
dan akhirnya.. hujan sudah reda.. dan ternampak signboard Selesa Resort tuh..
alhamdulillah~
kami pun check in.. dan berehat dengan selesanya di situ.. sambil makan maggi hehe

tutup pintu dan tido!

kat bawah nih sebenarnya video ucapan/cakapcakap Cik Mira dan Cik Cbah setelah apa yang berlaku kepada kami sepanjang perjalanan ke Selesa Resort itu.. hehe tapi kami berdua nih teramat la comel, jadi hanya audio yang boleh didengar ok.. tak dak gambar... hahaha




***video tak dapat upload.. cait! kuciwa i =(


ok. nanti bersambung part 4 pulak yer =) adeh, bersambung lagi? haha bila agaknya nak habis nih ish..ish
terima kasih!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails