Thanks for your support!

Saturday, December 25, 2010

Vacation (part 3)

Assalamualaikum...
Ok kita bersambung lagi dengan Part 3.. hehe. boleh tengok dengan klik Part 1 dan Part 2 untuk yang sebelum nih.

19 November 2008
Masa nih rasanya dah petang kot.. tak ingat pulak.
Setelah Si Comel Cbah sampai dengan selamatnya di jetty feri. Kami pun meneruskan perjalanan.. Jeng..jeng..jeng!
kami nak pi Bukit Tinggi.. fuyooo... hehehe
Masa nih macam yakin ja... peta dah google.. peta malaysia pun dah beli.. haha
kami pun memulakanlah perjalanan menuju ke Bukit Tinggi.

masa nih masih seronok.. sebab pemandangan cantek!
lori adalah pemandangan biasa.. banyak sangat!
ha inilah peta yang telah di save dalam laptop Cik Cbah
mengikut peta itu.. macam senang ja.. tapi ntah apa jalan yang kami lalu.. hehehe
sungguh mencabar perjalanan ini..

tengok tengok ada nih! haha
Tapi best jugak.. 1st time nih Cik Mira tengok menara condong kat Teluk Intan nih.. hehe
cumanya kami tak la buat lawatan kat situ.. lalu ja.. ambik gambaq! hehe
ok..ok kemudian kami meneruskan perjalanan lagi

eh, lori lagi.. hehe
Lepas daripada nih, kami pun dapat jumpa highway.
masuk highway.. rasa seronok dah.. huhu..
drebar kereta pun telah bertukar servis.. Cik Mira pulak yang memandu Si Comel itu.

pastu, keluar highway balik.. kami masuk jalan biasa.. menuju ke Genting rupanya.. masa nih macam cuak jugak.. hoho
sebab dok pikiaq, eh.. silap ka peta tuh.. huhu

rasa macam nak singgah Genting ja.. haha

Kemudian, Cbah pun call Selesa Resort tuh.. tanya direction.
Ntah apa yang berlaku, mungkin salah faham dari kedua-dua belah pihak..
Staff Selesa Resort kata kami dah silap jalan.. kena turun balik..
huhu.. kami nih pulak paham, turun semula ke asal kami naik bukit genting nih..
padahal sebenar-benarnya, kena teruskan perjalanan..then turun, baru jumpa Selesa Resort tuh..
huhu..
kami pun turun la.. melilau kat bawah tuh... tanya direction kat satu kedai nih.
dia kata.. yg kami naik bukit sampai ke genting tuh betui dah.. cumanya nanti teruskan lagi perjalanan dan kita akan turun bukit pulak... pastu jumpa roundabout masuk balik highway.. ha tu diah.. lagu tuh ka??? kesian kami...
kesian kan kami.. naik bukit genting tuh 2x beb!
dah la.. masa tuh nak malam dah.. kami hanya mampu berdoa supaya perjalanan kami selamat.
Ok, pastu kami ikut la arahan orang tadi yang kami tanya direction tuh..
pastu.. dah sampai genting tuh.. untuk tidak menyesatkan lagi kami yang sedia tersesat nih.. Cik Mira pun bertanya pula kepada abang polis kat mana ntah.. huhu tempat tuh macam ala ala rumah guard la.. untuk orang turun naik genting tuh.
setelah mendapat direction, kami pun meneruskan perjalanan. Cara abang/pakcik polis tuh bagitau, macam dekat ja nak pi Selesa Resort tuh.. padahal sebenarnya jauh la jugak.
dan istilah 'dekat' nih adalah berbeza bagi orang penang dan orang yang dok kat negeri yang besar-besar tuh.. hahaha kesian kami
ok bila dah turun tuh.. dalam keadaan hujan lebat dan gelap.. wuuuwuuu
pastu tersesat lagi.. Cik Mira tersilap exit daaa... pi masuk highway nak ke gombak ka apa ntah.. hahaha
biasalah, bila dah malam dan hujan lebat.. tak dapat nak pasti jalan yang mana yang betui.
jadi masa nih, Cik Mira dah rasa give up dah.. huhu nih satu perangai Cik Mira yang sukar nak dikikis.. haha
Cik Mira mudah terkecewa.. cepat sangat terkuciwa.. huhu
dalam dok sedih-sedih dengan tragedy menimpa kami nih... boleh pulak Cik Mira nih terlelap.. ish ish.. nasib baik tiada perkara buruk yang berlaku pada kami.. Alhamdulillah~
Ok, lepas dah tersedar dari terlelap tuh, terus panik, dan menumpukan perhatian.
dan akhirnya.. hujan sudah reda.. dan ternampak signboard Selesa Resort tuh..
alhamdulillah~
kami pun check in.. dan berehat dengan selesanya di situ.. sambil makan maggi hehe

tutup pintu dan tido!

kat bawah nih sebenarnya video ucapan/cakapcakap Cik Mira dan Cik Cbah setelah apa yang berlaku kepada kami sepanjang perjalanan ke Selesa Resort itu.. hehe tapi kami berdua nih teramat la comel, jadi hanya audio yang boleh didengar ok.. tak dak gambar... hahaha




***video tak dapat upload.. cait! kuciwa i =(


ok. nanti bersambung part 4 pulak yer =) adeh, bersambung lagi? haha bila agaknya nak habis nih ish..ish
terima kasih!




2 comments:

naseebah (asfal awliya') said...

mana video nya/audio nya??/

Noorhasmira said...

huhu.. xblh upload pun.. mungkin sebab format len kot.. esok la i try pulak.. huhu.
ha, kalo u ada software yg boleh jadikan video tuh xdak gambar, bgtau la. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails