Thanks for your support!

Sunday, October 2, 2011

Jangan tipu tau

Assalamualaikum... hai... selamat pagi!!!!
Semoga bergumbira selalu.. =)
Lama sangat pulak tak update.. hehe.. konon nak jadi blogger tegar.. tapi hampeh.
Cik Mira nih jadi pemblogwalking tegar boleh la. hahahaha

Ok hari nih nak cerita pasai blogger yang tipu. Haaa.. tipu macam mana tuh?
tipu dalam edit mengedit gambar.
isk..isk..isk..isk.. rasa sangat tertipu okay!
Dah la Cik Mira selalu terjah blog dia sebab dia selalu cerita pasai mekap-mekap nih.
Tapi bila tengok 1 entry tentang review barangan mekap nih, terus terkedu.
Tersangatlah edit gambar.
huhu gambar ditunjuk 'before' dan 'after' selepas memakai barangan tersebut.
Tapi yang sangat mendukacitakan adalah gambar yang sama digunakan. serius sama. cuma gambar 'after' diedit. Mungkin untuk mendapatkan 'effect' yang sangat kebaaabooomm selepas menggunakan produk tersebut, jadi gambar diedit.
Rasanya macam guna online makeover sebab Cik Mira pernah la guna dolu-dolu. Kat situ kita boleh nak letak bulu mata ka, concealer ka.. macam-macam lagi. huhuhu

Terkilan bila ditipu macam tuh. Bila kita nak review sesuatu, kena la jujur. Kalau nak buat bisnes pun kena JUJUR jugak!

*geram dengan orang yang macam nih.


Ok Sekian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails