Thanks for your support!

Thursday, November 29, 2012

Wouldn't mind spending it by your side

Assalamualaikum... hai! tajuk blogpost sangat 'tidak boleh blah' kan? heeheehee

Sekarang Cik Puan Mira tengah bertungkus lumus mengemaskan rumah.
Hamboih! Dalam rumah ada dua orang ja. Tapi barang-barang macam ada sepuluh orang. hahahaha.
Bila la agaknya nak selesai mengemas barang-barang nih. Sekarang nih barulah Cik Puan Mira tau perasaan orang pindah masuk rumah. Kepenatannya tidak terhingga. Tapi berbaloi bila dapat bersama insan tersayang ~chewah! hehehe




Rumah besar belum tentu bahagia. 
Rumah sempit belum tentu derita. 
Segalanya ditentukan oleh hati


Tuesday, November 27, 2012

Cik Puan Mira

Assalamualaikum.. selamat petang kawan-kawan!

Hari nih saja nak update blog walaupun isinya nanti tak lah memberansangkan sangat. hahahahaha

cuma nak update header blog saja.


sekarang boleh panggil saya Cik Puan Mira okay =)
hehehe.. rasa best pulak bila masih mengekalkan gelaran 'cik' itu.

ok la. Selamat berhari Selasa!

Friday, November 23, 2012

Alhamdulillah ~I'm married

Assalamualaikum... Good afternoon everyone!
hehehehehehehe... lama tak update blog.
Tiba-tiba status Cik sudah bertukar menjadi Puan Mira.

Alhamdulillah.... Majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar.

Terima kasih tak terhingga diucapkan  buat Mama, Angah, Kak Cik, Amir, Uncle, Miesya, Toksu Bariah, Maksu, Paksu, Makjang, Pakjang, Tokwan, Makcik, Pakcik, Maksu Shiela., Maksu Faez, Abang Pali, Kak Linda, Cik Yam, Cik Mat, Cik In, sepupu-sepupu, kawan-kawan, My HusbandCintaSayangIluvu serta keluarganya dan ramai lagi.
TERIMA KASIH!
ALHAMDULILLAH

Ok jadi tunggu apa lagi. Jom kita layan gambar-gambar dari kamera Cik Puan Mira. hehehe



inai telah dipakaikan oleh Tok Su Bariah

baju kurung cream beli kat Parit Buntar, Perak. (hamboih.. jauh benor beli baju... hehehe)


dag dig dug
thank you Cbah =)

Alhamdulillah

sebahagian  keluarga Mira

sebahagian  keluarga Mira

semoga diRahmati Allah S.W.T


impian nak buat backdrop penuh dengan bunga-bunga cinta. tapi tak sempat. haha

sebahagian keluarga baru Mira


saya sukakan pelamin saya. terima kasih Kak Ida yang telah merealisasikannya

jemput makan


We're Married


Thank you Angah; pembuat props yang comel-comel itu

My Family

me and my sister


sebahagian kawan-kawan yang datang. ~terima kasih =)


Guest Book Corner



bercinta sampai ke syurga









Thursday, June 21, 2012

Kursus Pra Perkahwinan Islam


Assalamualaikum…. Hello everyone!!! Selamat petang semua! =)

Wah, bersemangatnyer Cik Mira hari nih. Sekarang hidup lebih menggembirakan. =)
RAHSIAnya adalah diri sendiri perlu gembira. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ok kembali kepada topik asal. Pada hujung minggu lepas, Cik Mira telah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Ya… tuan-tuan, puan-puan, cik-cik & abang-abang sekalian, Cik Mira baru ja berkursus. Ish….ish…ish… tuh la dulu kawan-kawan ajak ikut tak mau pi. Lani kan dah tak dak geng. Hehehe (Cik Mira adalah sangat kurang ‘mesra alam’. Oleh itu, tersangatla awkward menjadi pendiam sepanjang kursus berlangsung. huhu nasib baik dua hari ja)

Buat pengetahuan sesiapa yang nak menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di Pulau Pinang (di negeri lain Cik Mira tak tau), sekarang ada prosedur baru. Semua kursus dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah. Oleh itu, anda perlu menghubungi Pejabat Agama Daerah dahulu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus ini. Semua maklumat boleh didapati di website ini:


Cik Mira memilih kursus di Daerah Barat Daya sebab I kan orang Sungai Batu terchenta =) hehehehe…


Kursus Pra Perkahwinan Islam

Negeri Pulau Pinang

Daerah Barat Daya

Bertempat di Bilik Seminar, Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau

16 – 17 Jun 2012

Yuran: RM 80 seorang

Dihadiri oleh 49 orang peserta

Setiap peserta diberi fail mengandungi jadual kursus dan buku Memasuki Gerbang Perkahwinan



* Ini adalah rumusan perjalanan kursus dan isi-isi penting setiap slot =)


SABTU (16 Jun 2012)

7.30 – 7.45 pagi: Pendaftaran Peserta

7.45 – 8.00 pagi: Taklimat Kursus

8.00 – 9.00 pagi: Aqidah
                                    Ustaz Amir
·         Cara hidup Islam
·         Peranan Akidah dalam rumahtangga
·         Amalan untuk mengukuhkan Akidah

9.00 – 10.00 pagi: Ibadah
                                    Ustaz Imran
·         Peranan Ibadah
·         Pembahagian Hukum Syarak
·         Bersuci
·         Peranan Bersuci dan Solat dalam rumahtangga

10.00 – 10.15 pagi: Rehat / Makan
·         Bihun Singapore

10.15 – 11.15 pagi: Akhlak Islamiah
·         Akhlak Suami Isteri

11.15 pagi – 1.15 petang: Perkahwinan dan Prosedur
                                    Ustaz Yusoff Abu Bakar
·         Tujuan perkahwinan
·         Persediaan sebelum berkahwin
·         Hikmah Perkahwinan *(selalu ditanya dalam temuduga)
·         Hukum Nikah *(selalu ditanya dalam temuduga)
·         Rukun Nikah *(selalu ditanya dalam temuduga)
·         Tanggungjawab Suami Isteri
·         Prosedur Pra Perkahwinan

1.15 – 2.15 petang: Makan tengah hari
·         Nasi + ikan masak lemak cili api + gado-gado + ulam + sambal belacan

Solat Zohor berjemaah

2.15 – 3.15 petang: Hubungan dalam keluarga
                                    Ustaz Muhammad Amin Ismail
·         Hubungan dalam perkahwinan
·         Cabaran pasangan yang baru berkahwin
·         Adab hubungan kelamin

3.15 – 4.15 petang: Pengurusan Kewangan dan Masa
·         Pengurusan kewangan
·         Perbelanjaan
·         Pengurusan masa



AHAD (17 Jun 2012)

8.20 – 8.30 pagi: Pendaftaran peserta / taklimat

8.30 – 9.30 pagi: Komunikasi Suami Isteri
                                    Ustaz Rosdi
·         Bentuk komunikasi suami isteri
·         Mawaddah dan Rahmah
·         Kepentingan berkomunikasi
·         Kawal kemarahan
·         Lakukan aktiviti bersama

9.30 – 10.30 pagi: Pengurusan Stress dan Konflik
·         Punca dan tanda-tanda tekanan
·         Pengurusan konflik
·         Bentuk Konflik

10.30 – 10.45 pagi: Rehat / Makan
·         Maggi Goreng

10.45 pagi – 12.15 tengah hari: Pengurusan Kesihatan
                                                Dr Jazilah
·         Faktor yang mempengaruhi kesihatan
·         Piramid makanan
·         Perancangan keluarga
·         Persediaan Semasa dan Selepas Kehamilan
·         Pemeriksaaan Kesihatan Berkala
·         Kesihatan spiritual

12.15 tengah hari – 1.15 petang: Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
                                                Ustaz Mohd Fauzi Bin Ibrahim
·         Maksud rundingcara
·         Individu yang memerlukan khidmat rundingcara
·         Matlamat rundingcara
·         Kepentingan rundingcara
·         Tatacara mendapatkan perkhidmatan rundingcara
·         Tanggungjawab klien
·         Keganasan rumahtangga

1.15 – 2.00 petang: Makan
·         Nasi + papadom + ayam masak kicap + sayur
        Solat berjemaah

2.00 – 2.15 petang: Taklimat Penyampaian Sijil

2.15 – 3.15 petang: Pembubaran perkahwinan
                                    Ustaz Mohd Fauzi Bin Ibrahim
·         Perkara yang menyebabkan pembubaran perkahwinan
·         Talak
·         Khuluk
·         Fasakh
·         Li’an
·         Ila’
·         Zihar
·         Hak dan kewajipan suami isteri setelah berlaku penceraian
·         Pembubaran perkahwinan dan prosedur penceraian

3.15 – 3.45 petang: Ujian Minda
·         Ada 30 soalan objektif.
·         Soalan berkisar tentang topik-topik yang diberikan semasa kursus. Jadi berikan tumpuan dan jangan tidoq!!! =)

3.45 – 4.00 petang: Semakan Ujian Minda oleh penganjur

4.00 – 4.15 petang: Majlis penyampaian sijil dan penutup



Alhamdulillah… begitulah perjalanan Kursus Pra Perkahwinan. Ada penceramah yang menarik dan ada yang agak bosan. Ada slot yang Cik Mira menguap berkali-kali dan ada yang tak berkelip-kelip mata memberikan tumpuan kerana sangat menarik. Macam biasalah, adat menuntut ilmu. 

Setiap topik dibincangkan secara ringkas dan padat. Jadi ustaz-ustaz berpesan supaya menambahkan lagi ilmu tentang perkahwinan nih. Alhamdulillah, dulu-dulu zaman muda remaja undergrad Cik Mira ada ambik subjek Munakahat. Kuliah Munakahat ini diberikan oleh Dr MAZA. Haaa… sapa tak kenai? Hehehe… giler sangat best kuliah Dr MAZA nih. Rasa macam nak pi lagi =) 
Banyak yang dapat dipelajari melalui Kuliah tersebut. Cuma lani kena banyakkan refresh kembali. Hehehe.. dah lama dah tuh belajaq.




Selamat menghadiri Kursus Pra Perkahwinan 
=)



Cik Mira dah berjaya. Anda bila lagi? Chewah, macam berkempen pulak. hehehe

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday : Kursus

pada dua hari yang penuh kemengantukan cabaran =)



akhirnya.... TAHNIAH! =) hehehe

Friday, June 15, 2012

Tips 1 : HOME

Assalamualaikum.... hai! Good Morning!!!!!!! =)


Do your towels feel rough after a wash? (YES!)
I just flipped my old magazines and found out about this awesome tips to save the softness of your towels. hehehehe 
(this tips are not apply to your old towel. Some very old or very stiff towels may be too far gone; in that case it's better to recycle them and get new ones.duh!)






So, Okay.... Firstly, make sure you only buy good-quality cotton towels as they are the softest. 
Avoid using fabric softener as it coats the fibres and decreases absorbency. 
Always use the recommended amount of detergent, rinse well and tumble dry on medium heat or hang towels on the line, but don't let them over-dry.
Once dry, shake them out, fold and store in an airing cupboard.


So simple =)



Ok, Have a nice day! 

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday : added cuteness

Ribbons add cuteness and playfulness to anything

Tuesday, June 12, 2012

DIY 6: Handphone Charging Holder

Assalamualaikum... hai! =) Selamat sejahtera Puan-puan dan Cik-cik sekalian... eeerrrr tuan-tuan dan abang-abang ada jugak ker???


Hari nih Cik Mira feeling-feeling kreatip sket. Jadi marilah kita melihat hasilnya.


Ha... macam mana? ok tak? Kalau tak ok pun, cakap ok la jugak yer... hehehehe
Cik Mira pernah tengok projek nih kat internet. Macam-macam versi. Ada yang guna botol losyen, buat dengan kain (sudah tentu Cik Mira tak pilih cara nih.. hahaha... mana pandai menjahit) dan guna bakul kecil. Untuk maklumat lanjut, silalah bertanyakan kepada Atuk Google Image =)

Suka sangat tengok projek yang kitar semula nih. I kan budak BIO, mestila bajet pencinta alam.
Handphone Charging Holder ini juga sangat praktikal kepada sesiapa yang sukakan kekemasan tidak kira di mana jua anda berada. Sebab tak nampak wayar yang panjang mengurai tuh. Ia juga senang untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana.

Kalau nak buat tutorial pun, senang sangat. Tapi mehla Cik Mira bagitau jugak macam mana nak buat.


  1. Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan. Iaitu handphone, charger, botol plastik (Cik Mira guna botol sabun mandi tuuuuutttt. sebab tuh bentuknya unik), pisau, gunting, marker/highlighter & bahan hiasan lain kalau nak deko-deko nanti.
  2. Keluarkan penutup botol plastik.
  3. Bersihkan botol plastik. Buangkan labelnya.
  4. Lakarkan bentuk  Handphone Charging Holder yang diidamkan pada botol plastik.
  5. Potong
  6. Dah siap =)
  7. * Botol nih putih, jadi nampak macam 'kosong'. Kalau nak mendeko-deko pun boleh.


Haaa.... nih Cik Mira tambah bling-bling. Cik Mira lekatkan batu bling-bling menggunakan hot glue gun.
nampak geli-geli girly girly tak? hahahaha

boleh jadi  wall decoration

phewwwiiitttt

Ok selamat mencuba! =)

Thursday, June 7, 2012

Nih yang buat teringin nak makan buah-buahan

terlioq i hehehe


Ok bai! =)

Thursday, May 31, 2012

Pengantin Jerami

Assalamualaikum...

Pelik tak tajuk blog post hari nih? hehehehe... nih sebenaqnya sebab tak dak idea nak letak nama apa.
Tanpa membuang masa... Cuba tengok gambar nih.

Giler sangat comel!!!! hehehehehe...




mungkin kalo buat kenduri dekat area bendang aka sawah padi, boleh tukar guna orang-orang. Dress up jadi pengantin. mesti comel jer.

ok bai! =)

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday: Umbrella

Unique!
Gather a bouquet of flowers -- real or silk -- into an umbrella for a door display full of country charm. 
Tie a ribbon around the umbrella to hold the bouquet in place.




Ok bai! =)

Tuesday, May 29, 2012

Succulent hand bouquet



Idea yang menarik. Dan boleh bertahan lama kalau pandai jaga pokok tuh nanti la. hehehehe

Ok bai! =)

Monday, May 28, 2012

Inspirational Monday

Follow Your Heart, Hang On & Don't Give Up Just Because Everyone Else Does. 

There Is Nobility In Being The Last One Standing, 

 Because The Persistent Few Are Those Who Stretch Boundaries, 

Set Brave New Standards and Secure The Hope 

For A Better Tomorrow

Sunday, May 27, 2012

DIY Idea: deco hantaran

Assalamualaikum... hai.. Selamat menghabiskan sisa-sisa hujung minggu.

Sejak akhir-akhir nih punyalah liat nak update blog. ish..ish..ish... mana pi cita-cita nak jadi pemblog tegar nih, wahai Cik Mira???
huhu.. dulu dok bagi alasan internet bencinta laaa... serabut laaa. Tapi lani bila dah elok semua, tak rajin jugak update blog. hehehe

Ok tak payah dok berletiaq panjang-panjang sangat. Marilah kita melayan gambar hantaran SchAwal.

Cik Mira sangat berkenan dengan bow yang besaq gedabak tuh. Simple yet elegance. Yang nih hantaran dari pihak Scha bagi kat Awal.





laaaaaaaaaawaaaaaaaaaaaaa kan?

* teghuih ghasa nak ambik bow tuh boh kat kepala hahahaha motif?



ok bai! =)

Saturday, May 12, 2012

Saya bosan

Assalamualaikum..

hai...
Saya bosan.
eh, bukan...bukan.. 
Nama saya bukan bosan.
Saya tengah bosan ja.
hehehehe

video


ok bai!

Thursday, May 10, 2012

Tasik Beris

Assalamualaikum.... hai hai hai!

Ok nih nak bercerita tentang aktiviti berjalan-berjalan pada suatu ketika dahulu (hehehehe... nih kejadian bulan Februari yang lepas) hamboih... dah basi tuh!

Pada suatu hari yang bahagia, kami sekeluarga iaitu Mama, Kak Chik, Miesya, Pak Jang, Mak Jang, Asyraf, Nurul, Haikal dan Alesya telah menaiki Alza dan menuju ke Tasik Beris, di Sik, Kedah.
Perjalanan masa tuh hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit ja sebab kami bertolak dari Gurun, Kedah.

Apa yang menarik kat Tasik Beris nih? Ha... kat sini ada ladang anggur tau. Kepada sesiapa yang tak pernah tengok pokok anggur secara live, haruslah mai sini. Cik Mira dah pernah tengok secara live masa field trip ke Perlis dolu-dolu. Jadi, tak excited sangat la. Cuma yang mengujakan adalah nak pi berjalan-jalan hehehehe.

ahli rombongan
gambar yang paling disukai
seiring dan sejalan
nih dia.. ladang anggur

tempat lepak sambil minum jus anggur

cantek kan? kalo berphotoshoot kat sini pun menarik

gambar melompat terbaik! paling comel yang kecik sekali tuh la. hehehehe

family Pak jang

adik Cik Mira yang bajet artis
Cik Mira - Nurul - Asyraf

melompat 1.0

melompat 2.0

disebabkan Cik Mira tak masuk dalam nih, jadi da gambar luaran jela yer. kalo nak tengok, kena la mai sini! =p


Dah selesai berladang anggur, kami pun ronda-ronda lagi. Kali nih singgah kat area chalet yang kat tepi Tasik Beris. Tasik nih luas, jadi ada 2,3 tempat-tempat macam nih. Tempat untuk kaki pancing, picnic, team building etc. Cik Mira suka tempat-tempat macam nih. Tenang ja untuk bersantai =)

lepak santai

kanak-kanak masih mampu berkayak walaupun kepanasan tahap 'lit-lit'

Laju laju… buaiku laju.. 
Bila dah habis berjalan-jalan, kami pun balik. Sebab semua orang dah lapaq! hehehe
Jadi begitulah aktiviti outing pada bulan Februari yang lalu =)

Ok bubye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails