Thanks for your support!

Wednesday, July 6, 2011

Dollydle

Assalamualaikum.. hai kawan-kawan semua =)
hari nih sihat tak? Semoga yang tidak sihat tuh, cepat-cepat kembali sihat okay
Dah lama pulak tak menulis panjang-panjang kat sini
Selalu tulis dua tiga patah perkataan ja kan? hehehe
mungkin idea menulis telah kering akibat terlalu banyak disalurkan untuk tesis tercenta. ~wah.. hahaha.. macam hebat ja kan?
yer.. yer.. sayer tau. tesis kita tuh nanti tak sampai 20 orang pun akan baca. Yang bertuah hanyalah diri sendiri, My CintaSayangIluvu (mungkin sebab akan dipaksa..haha), supervisor, internal examiner, external examiner, best friends (dipaksa jugak), family (adakah mereka kesah? huhu.. rasa macam mungkin baca kulit depan ja kot), lab mates, budak-budak junior dan yang sewaktu dengannya. Tapi nak buat macam mana, dah itu lumrahnya. huhu.
ok dah habis tentang tesis yang entah sampai bila penghujungnya tuh.. ~haih... (procrastinating, please go away!)

Sekarang kita beralih kepada topik yang lagi menarik, iaitu Dollydle. ha... apa kebendanya tuh? cer citer cer citer.. hehe
Dollydle merupakan antara benda paling comel di atas muka bumi ini. ha.. tak percaya? meh tengok sini


COMEL kan???? i like sejuta kali!!!!!!! =)
Yang membuatkan kartun tercomel nih adalah Amar Amirah; pemilik Belog Cap Ayam
Kawan-kawan boleh dapatkan hasil kerja yang tercomel kebaaabooom nih kat The Dollydle's Cottage
Ada banyak giler kartun comel kat situ.. hehe rasa nak pi camping semalaman kat situ (hahaha lebih-lebih tau Cik Mira nih)


Harga adalah sangat berpatutan. Ini memang dah masuk dalam LIST besar Cik Mira. hehehehe
Hmmm... tak tahu nak buat apa dengan kartun comel tuh? Ha meh sini nak bagi idea:
  • jadikan ikon kat blog.
  • tempek banyak-banyak kat meja study, meja keja dan mana-mana meja terpilih.
  • jadikan wallpaper komputer, handphone, ipad.
  • jadikan profile picture kat Facebook
  • boleh tempek sebagai watermark untuk gambar.
  • tempek dalam kad jemputan kawen
  • tempek kat banner/signage untuk majlis.
  • tempek kat TQ tag
  • tempek kat goodie bag
haaa... banyak tuh kegunaannya. hehe lagipun, Cik Mira memang sangat suka benda benda comel nih. hehe
kalau kawan-kawan ada idea lain untuk kartun tuh, bagitau Cik Mira okay?



*** Ini bukanlah iklan berbayar. Cik Mira cuma kongsi apa yang menarik minat diri ini sahaja kepada kawan-kawan.

[Images credit to The Dollydle's Cottage



Ok bubye!!!!

3 comments:

dyn said...

comelll suke jugak!!!

Cokobi Lolita ! said...

itu patung ke ???

Cik Mira said...

tak. nih kartun ja. comei kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails