Thanks for your support!

Tuesday, December 27, 2011

DIY 5: Crepe Paper Flower

Assalamualaikum... hai!!!!!!!!
Cik Mira muncul kembali. hehehe.
Minggu lepas Cik Mira terajin nak cuba buat Crepe Paper Flower. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. hihihi.. sebenarnya SANGAT SENANG nak buat cuma memerlukan KESABARAN yang tinggi. Ok jom tengok.

cantek tak?
bunga nih Cik Mira saja la letak kat pokok kat depan rumah nih. hehe. nampak macam betul kan? I LOIKE!

bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan yang diperlukan adalah Crepe Paper, gunting, pisau dan dawai. Crepe paper tuh Cik Mira beli kat Giant. Sekeping 8kupang aka 80sen.


guna 8 helai kertas saiz E
Kertas asal bila dilipat dua akan dapat A. Kemudian lipat dua lagi akan dapat B dan seterusnya sampai dapat saiz E. Guna 8 helai saiz E.

lebih kurang la saiznya. sebab bila i potong kertas selalu senget benget

susun 8 helai kertas saiz E dan lipat macam nak buat kipas

ikat dengan dawai. (pintal bagi kemas)

gunting hujung tuh ikut sesuka hati.
lepas tuh adjust dawai tuh bagi dok kat tengah balik ok =)

kembangkan kertas
Tarik helaian kertas yang pertama ke atas. HATI-HATI supaya kertas tak terkoyak. Kemudian ulang langkah ini untuk helaian kertas yang seterusnya sampai habis.

dah siap!

saiz bunga

sekian terima kasih

Selamat mencuba!

4 comments:

ni@ @in said...

comel sgt2..nak try wat gak..p xde ms lg..hehehe

Cik Mira said...

hehe.. jom buat ramai2!! =)

NaZim-Zie said...

saya pn nak try buat lah..mari..mari...mari...

Cik Mira said...

buat cantek2 tau! =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails