Thanks for your support!

Thursday, May 10, 2012

Tasik Beris

Assalamualaikum.... hai hai hai!

Ok nih nak bercerita tentang aktiviti berjalan-berjalan pada suatu ketika dahulu (hehehehe... nih kejadian bulan Februari yang lepas) hamboih... dah basi tuh!

Pada suatu hari yang bahagia, kami sekeluarga iaitu Mama, Kak Chik, Miesya, Pak Jang, Mak Jang, Asyraf, Nurul, Haikal dan Alesya telah menaiki Alza dan menuju ke Tasik Beris, di Sik, Kedah.
Perjalanan masa tuh hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit ja sebab kami bertolak dari Gurun, Kedah.

Apa yang menarik kat Tasik Beris nih? Ha... kat sini ada ladang anggur tau. Kepada sesiapa yang tak pernah tengok pokok anggur secara live, haruslah mai sini. Cik Mira dah pernah tengok secara live masa field trip ke Perlis dolu-dolu. Jadi, tak excited sangat la. Cuma yang mengujakan adalah nak pi berjalan-jalan hehehehe.

ahli rombongan
gambar yang paling disukai
seiring dan sejalan
nih dia.. ladang anggur

tempat lepak sambil minum jus anggur

cantek kan? kalo berphotoshoot kat sini pun menarik

gambar melompat terbaik! paling comel yang kecik sekali tuh la. hehehehe

family Pak jang

adik Cik Mira yang bajet artis
Cik Mira - Nurul - Asyraf

melompat 1.0

melompat 2.0

disebabkan Cik Mira tak masuk dalam nih, jadi da gambar luaran jela yer. kalo nak tengok, kena la mai sini! =p


Dah selesai berladang anggur, kami pun ronda-ronda lagi. Kali nih singgah kat area chalet yang kat tepi Tasik Beris. Tasik nih luas, jadi ada 2,3 tempat-tempat macam nih. Tempat untuk kaki pancing, picnic, team building etc. Cik Mira suka tempat-tempat macam nih. Tenang ja untuk bersantai =)

lepak santai

kanak-kanak masih mampu berkayak walaupun kepanasan tahap 'lit-lit'

Laju laju… buaiku laju.. 
Bila dah habis berjalan-jalan, kami pun balik. Sebab semua orang dah lapaq! hehehe
Jadi begitulah aktiviti outing pada bulan Februari yang lalu =)

Ok bubye!

2 comments:

syazana salleh.. said...

Assalamualaikum mira...gambar semua cun2 dan cantik sangat <3 :))

Cik Mira said...

cantek kan? rasanya sebab ditambah faktor cuaca yang sangat panas kot. hehehe tuh yang dalam gambar nampak cantek. tak payah dah extra lighting =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails