Thanks for your support!

Monday, March 7, 2011

CONTEST : PHOTOSHOOT PERCUMA bernilai RM150 anjuran Faridism Photography


Assalamualaikum... Hi semuaaaaaaa!
Entry kali ini adalah bertujuan untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Faridism Photography
Sambil-sambil tuh boleh jugak la Cik Mira bercerita tentang Photoshoot idaman kalbu! hehehehe


TAJUK: Post-wedding Photoshoot
Cik Mira nak post-wedding photoshoot bersama My CintaSayangIluvu la. Sebab masa nih bolehlah nak beromantika di amor. hehehehe. Konon-konon boleh feeling tengah honeymoon. ^_____^ Pastu pakaian yang dipakai pun biasa ja. Pakaian macam pergi honeymoon. huhu.. Jadi barulah nampak natural gambar tuh. hehehe.

TEMA: Percutian Bulan Madu (hmmmmm... ada ker tema macam nih?? haha)

Apabila bercuti, selalunya gambar yang diambil berdua-duaan dengan pasangan anda adalah melalui beberapa teknik:
  • Ambil sendiri aka self-portrait (menampakkan muka empunya diri yang sebesar alam)
  • Guna tripod dan timer (angle mungkin tidak berseni)
  • Minta tolong orang ambilkan (bila gambar tak cantek, tak kan nak suruh dia ambil lagi pulak kan?)
Jadi untuk mengelakkan masalah gambar yang sepatutnya jadi kenangan tetapi tidak cantek, khidmat seorang photographer diperlukan. TAPI tak kan la nak angkut sekali 'orang ketiga' pergi bercuti pulak kan??? hehehehe
Oleh itu timbullah idea untuk Post-wedding Photoshoot yang bertemakan Percutian Bulan Madu. ^_______^  bernas sungguh idea Cik Mira nih yer.. hahaha
Walaupun lokasi photoshoot nanti bukanlah lokasi percutian bulan madu, tapi aura bulan madu tuh boleh diwujudkan. ececececeh... pengantin baru mesti la tengah berfeeling feeling lagi kan?

Ok jom layan contoh shoot best!!!!! yang Cik Mira sudah jatuh centa ^_______^

OUTDOOR

genggam erat tanganku


lenguh sudah kakiku


bawaku pergi bersamamu  ^____^

INDOOR
mari kita main masak-masak

manja manja di dapur

akhirnya macam nih pulok hahaha
 *masa bercuti jugak masih boleh masak-masak yer

gambar bawah nih off topic sikit dari segi pakaian pengantin tuh jela. hehe tapi tetap shoot yang cantek.
syahdu plak tengok gambar nih
{Image Credits ---> Google}



Jadi itulah photoshoot idaman kalbu Cik Mira.

Kepada Faridism Photography; selaku penganjur contest, Cik Mira sangat berharap dapat memenangi contest ini kerana sesuatu kenangan terindah itu akan lebih dihargai jika dapat disimpan dengan cara/medium yang menarik. Bagi Cik Mira adalah dengan GAMBAR. Boleh tengok-tengok, belek-belek, tenung-tenung gambar tuh selalu ^______^

Ok kepada kawan-kawan yang nak menyertai contest nih, boleh tengok maklumat lanjut kat SINI

Cik Mira juga nak tag jelitawan-jelitawan berikut:

~ Terima kasih!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails