Thanks for your support!

Tuesday, June 12, 2012

DIY 6: Handphone Charging Holder

Assalamualaikum... hai! =) Selamat sejahtera Puan-puan dan Cik-cik sekalian... eeerrrr tuan-tuan dan abang-abang ada jugak ker???


Hari nih Cik Mira feeling-feeling kreatip sket. Jadi marilah kita melihat hasilnya.


Ha... macam mana? ok tak? Kalau tak ok pun, cakap ok la jugak yer... hehehehe
Cik Mira pernah tengok projek nih kat internet. Macam-macam versi. Ada yang guna botol losyen, buat dengan kain (sudah tentu Cik Mira tak pilih cara nih.. hahaha... mana pandai menjahit) dan guna bakul kecil. Untuk maklumat lanjut, silalah bertanyakan kepada Atuk Google Image =)

Suka sangat tengok projek yang kitar semula nih. I kan budak BIO, mestila bajet pencinta alam.
Handphone Charging Holder ini juga sangat praktikal kepada sesiapa yang sukakan kekemasan tidak kira di mana jua anda berada. Sebab tak nampak wayar yang panjang mengurai tuh. Ia juga senang untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana.

Kalau nak buat tutorial pun, senang sangat. Tapi mehla Cik Mira bagitau jugak macam mana nak buat.


  1. Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan. Iaitu handphone, charger, botol plastik (Cik Mira guna botol sabun mandi tuuuuutttt. sebab tuh bentuknya unik), pisau, gunting, marker/highlighter & bahan hiasan lain kalau nak deko-deko nanti.
  2. Keluarkan penutup botol plastik.
  3. Bersihkan botol plastik. Buangkan labelnya.
  4. Lakarkan bentuk  Handphone Charging Holder yang diidamkan pada botol plastik.
  5. Potong
  6. Dah siap =)
  7. * Botol nih putih, jadi nampak macam 'kosong'. Kalau nak mendeko-deko pun boleh.


Haaa.... nih Cik Mira tambah bling-bling. Cik Mira lekatkan batu bling-bling menggunakan hot glue gun.
nampak geli-geli girly girly tak? hahahaha

boleh jadi  wall decoration

phewwwiiitttt

Ok selamat mencuba! =)

2 comments:

Niza K. said...

canteksss! sukanya sukanya...!

Cik Mira said...

siap ada bling bling lagi hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails