Thanks for your support!

Thursday, February 3, 2011

25 random facts about me!

Assalamualaikum! Hi hi hi... Hari ini penat sikit. mengantuk pun ada. huhu Perjalanan mengambil adik bongsu kesayangan Mama Cik Mira di Baling, Kedah tadi adalah sangat mencabar. Jalan dah la haluuuuuuuuiiiiihhhhhhhh (halus) hehe. Kereta pulak banyak. Aksi potong-memotong jugak adalah sukar kerana jalannya itu. hehe Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk sampai ke destinasi. Alhamdulillah berjaya jugak ambik adik kesayangan nih.
Semalam dan tadi dapat tag yang mencabar minda dari Syuzana dan EB. Hi Syuzana dan Ebi! Salam kenal. Terima kasih sudi tag Cik Mira. Ini adalah pertama kali dapat tag. Layankan saja Cik Mira nih okay. Mungkin macam syok sendiri ka apa ka. hahaha

25 random facts about Cik Mira!

  1. Anak sulung dalam keluarga. Tapi kalau tengok dari segi tingkah laku, rasanya kurang ke'sulung'an itu. hahahaha
  2. Penangite. And proud to be!!! hehehe dilahirkan, dibesarkan, ditadikakan, disekolahrendah&sekolahmenengahkan, dimatrikulasikan, diuniversitikan dan sehingga dipostgraduatekan di Pulau Pinang yang terchenta ini. Hopefully dikawenkan jugak di Pulau Pinang.
  3. Suka berbasikal! Kenangan paling best adalah berbasikal bersama Fifie, Nor & Edan ke sekolah. Zaman kegemilangan sekolah rendah dolu-dolu. Sekarang nih kalau nampak basikal, mesti rasa nak pi kayuh. haha
  4. Pemalu. Yes! Saye pemalu orangnyer. huhu
  5. Perahsia. tentang sesuatu yang tidak dapat dikongsikan. ~hehe mestila kan  =p
  6. Suka senyum. Cik Mira memiliki senyuman yang menawan! ~senyum... tak perlu kata apa-apa.. senyum! (^________^) giler perasan ya amat Cik Mira nih.
  7. Comot tapi ayu. hahaha macam mana tuh? Renung-renungkan.
  8. Pernah belajar Bahasa Arab selama 5 tahun di sekolah, tapi sampai sekarang masih tak mahir dan fasih. ~ mungkin kurang minat dan tak berlatih bersungguh-sungguh berbahasa arab. <----- Nak perbaiki!
  9. Mempunyai asas dalam Seni Silat Cekak. haaa... jangan buat main dengan Cik Mira! hehe padahal belajar setahun ja pun. Alhamdulillah ilmu tuh sangat berharga.
  10. Suka menonton televisyen. Dulu kat asrama sanggup curi-curi tengok Charmed kat bilik TV. hahaha waktu prep pulak tuh. ~adeh
  11. Pernah menjadi kipas susah mati drama korea, taiwan, thai, dan jepun pada suatu masa dahulu. Sekarang sudah busy, balik rumah dah penat. Tak sempat nak layan mamat-mamat hensem bermata sepet dah. huhu
  12. Peminat Pakcik House yang super kejam itu!
  13. Suka Britney Spears! hahahaha
  14. Pernah dibedah semasa berumur 8 tahun kerana appendicitis. Tragedi yang mengerikan bagi Cik Mira dan keluarga. Sebab asyik menangis ja. hahahaha. Sebelum operate menangis, lepas operate menangis, menangis..menangis..menangis. kesian mama mesti tension masa tuh. hoho
  15. Selalu rindu kat Abah. ~Al-Fatihah
  16. Cucu perempuan sulung dalam keluarga sebelah mama & abah.
  17. Seumur hidup, baru sekali menjejakkan kaki ke luar negara. Medan, Indonesia. Masa tuh umur 11 tahun.
  18. Soft spoken. Orang selalu tak dengar apa Cik Mira cakap. ~adeh. ini sangat tragis. kawan Cik Mira cakap, kalau Cik Mira berletiaq, suara jadi nyaring. hohoho
  19. Sangat menyayangi My CintaSayangIluvu, Mama, adik-adik & kawan-kawan rapat.
  20. Tak sabar nak habiskan master! hehe
  21. Sangat tidak suka orang yang buang sampah merata-rata. eeeeeee.. geram! sakit hati dan mata ini.
  22. Pernah menjadi ketua tingkatan selama 2 tahun berturut-turut. huhu Cik Mira dibuli sebenarnya. orang lain tak mau jadi.
  23. Lab saya bernombor 106. hahahahaha gila sangat random! huhu kering idea dah nih. ok 2 more to go.
  24. Saya ada 2 gigi arnab yang comel. hahaha nih dah parah... tak tau nak tulis apa. =p
  25. Dilahirkan pada bulan Oktober. Kebanyakan ciri-ciri dalam Rahsia Bulan Kelahiran dari Dr. Fadhilah Kamsah adalah hampir sama. hehe
OK... siap! Penat macam menjawab soalan exam. wuuuuuuuu

~Salam perkenalan dari Cik Mira~

4 comments:

zati embong said...

Al Fatihah dr jat jugak mira,

hihi.jat skrg lyn drama korean on9 je.tp nk tnggu lOading tertidur dulu.huhu

Syuzana said...

terima kasihye cik mira sudi menyiapkan juga tugasan ni..hehehe...

memang sah anak penang ni!! dari kecik smpai besar duk kat penang...time blaja dulu sempat la melayan korea...skrang bila balik umah x sempat nk tgk dah...penat keje...

Al-fatihah juga dari syu...

EB said...

Al-Fatihah dr Eb buat Ayahanda...

Waaa sngt bersemangat untuk myiapkan..
Thanks Mira... Sian kpenatan driving..
YEAH!! Kita sama lahir dlm bulan Oktober.. hehehe...
Nice to know you Mira..

Noorhasmira said...

jat, terima kasih! hm, dulu zaman lepas skolah sanggup kumpul duit sebab nak beli cd. hahaha lps U pulak, layan online jugak. tapi skrg, terus dah tak sempat layan. hihi
syu, terima kasih! layan drama korea memang best. kalau nak cakap korea sikit2 kira boleh dah nih.
Eb, terima kasih! orang bulan Oktober nih special kan? hehehe (gila perasan) hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails