Thanks for your support!

Friday, February 11, 2011

DIY 1: kartun pasangan comel

Assalamualaikum. Hai hai hai!
Sebelum nih Cik Mira tunjuk sneak peak ja kan? Jadi hari ni kita tengok yang betul punya!

Cik Mira buat pasangan comel ni guna photoscape ja. Serius tak pandai lukis. Cik Mira agak 'kayu' tangannya. Tapi sukakan benda comel lagi kreatif. Suka sangat. Banyak tutorial benda-benda kreatif nih Cik Mira dah bookmarkkan. hehehe. Kononnya pada suatu hari nanti nak cuba buat. ~InsyaAllah
Sejak akhir-akhir nih kan Cik Mira rajin pulak nak buat macam-macam. Mungkin aura 'bride-to-be' tuh dah mai dah kot. hahaha
Ok dah. Meh sini nak tunjuk macam mana Cik Mira yang 'kayu' nih pun boleh buat kartun pasangan comel. (tajuk sebelum nih kan guna 'pengantin', tapi rasanya 'pasangan' lagi sesuai kot. hehe)

  • 1) Buka Photoscape. Klik Editor.


  • 2) Klik Menu. Pilih New Photo.


  • 3) Pilih Width, Height dan Color mengikut citarasa anda.



  • 4) Untuk lukis muka pompuan cantek. Mula-mula lukiskan 2 bulat. 1 hitam dan 1 putih. Adjust mana yang patut.




  •  5) Untuk lukis mata, Cik Mira guna simbol ^



  •  6) Cari bentuk yang sesuai untuk lukis mulut. Cik Mira guna pentagon (5 segi). Adjust saiz. Ok dah siap!




  • 7) Kalau rajin lagi. Bolehlah tambah aksesori sikit. hehehe ^___^




  •  8) Untuk yang lelaki. Asasnya sama. Guna petak untuk lukis songkok (petak songkok nih kena adjust lagi rasanya. nampak sedikit feliks). Untuk lukis rambut, Cik Mira guna bentuk hexagon (6 segi). Adjust saiz.




  • 9) Letak bentuk tuh bagi elok-elok ok. Kat kanan dan kiri.




  • 10) Tambah la apa-apa yang patut untuk bagi lagi comel ^____^



OK DAH SIAP!

ni versi tanpa aksesori
Ha, macam tuh la. Kalau ada komen/cadangan penambahbaikan bagitau okay. Cik Mira tak terer pun. Sekadar suka-suka ^___^


Next update: My CintaSayangIluvu pulak nak tunjuk kehebatan dia melukis kartun. Guna Powerpoint saja ~aiiiyoook... nampaknya Cik Mira dah ada persaingan nih. huhu =p


Ok bye bye

    2 comments:

    ~ NANA ~ said...

    nice! blh i try lps ni :)

    Cik Mira said...

    selamat mencoba =)

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails